Program realiti Korea – Leaving the Nest 3 di Malaysia?

Bagi peminat program realiti Korea, pastinya rancangan Leaving the Nest ini familiar dengan anda. Leaving the Nest adalah sebuah travel show di mana ia akan menceritakan pengembaraan selebiriti remaja Korea tanpa ditemani oleh ahli keluarga mereka. Mereka akan menyahut cabaran untuk mengembara tanpa bantuan orang lain.

Terkini, Yoo Seon Ho dan Chani dari kumpulan SF9 akan muncul dalm rancangan ini untuk musim terbaru. Mereka akan memperlihatkan perjalanan pengembaraan mereka di Malaysia. Ke manakah akan mereka tuju sepanjang perjalanan mereka di Malaysia ini dan apakah cabaran yang akan mereka lalui kelak.

Pada 9 Mei lepas, sumber berkaitan telah mengesahkan bahawa Yoo Seon Ho dan Chani sedang membuat penggambaran program realiti tvN Leaving the Nest 3 di Malaysia. Pasangan ini telah dilihat oleh peminat menjalani pengambaran bersama untuk travel show ini.

Ini merupakan kali kedua Yoo Seon Ho muncul dalam rancangan Leaving the Nest manakala, ia akan menjadi kali pertama buat Chani .

Yoo Seon Ho adalah bekas perserta rancangan realiti Produce 101 : Season 2 dan berjaya menempatkan dirinya dalam kelompok Top 20. Yoo Seon Ho telah debut sebagai penyanyi solo pada 11 April lepas.

SF9
Drama Signal (2016)

Chani pula adalah seorang pelakon dan juga penyanyi. Chani adalah ahli bongsu anggota kumpulan penyanyi SF9 yang turut dianggotai oleh lapan lagi ahli dengan lagu hit terbaru mereka Mamma Mia. Chani juga pernah membintangi drama seperti Can You Hear My Heart (2011), Heaven’s Garden (2011), The Innocent Man (2012), The Queen’s Classroom (2013), Hwajung (2015) dan Signal (2016).

Ini merupakan musim ketiga bagi rancangan Leaving the Nest . Antara selebriti remaja yang pernah muncul menerusi rancangan ini adalah Lee Eui Woong, Cheon Bo Geun, Yang Han Yeol, Hwang Sung Jae, dan ramai lagi.

Leaving the Nest 3 akan disiarkan di tvN pada hari Selasa jam 8.10 malam KST.

Sumber : newsen | Naver