Apa yang menarik dengan drama OCN – Mistress

Mistress adalah sebuah drama mystery thriller yang akan menceritakan kisah empat wanita yang setiapnya mempunyai rahsia berkaitan kes pembunuhan. Ia adalah sebuah drama remake dari siri “Mistresses” yang disiarkan di BBC pada tahun 2008 dan ABC pada tahun 2013. Ia akan menggabungkan kisah cerita dari emapat wanita menjadi sebuah penceritaan yang lengkap dan ianya pengalaman buat rangkaian OCN dalam menghasilkan drama misteri dan thriller menjadi siri baru yang menarik.

Penerbit Skrip Antarabangsa BBC David Belshaw berkata, “Projek OCN menerusi Mistress adalah projek pertama remake siri BBC ini di Asia. Saya sangat teruja untuk menyaksikan lakonan pelakon seperti Han Ga In, Shin Hyun Bin, Choi Hee Seo, dan Goo Jae Yee. Saya juga menantikan Mistress versi Korea yang menceritakan kisah kehidupan empat sekawan yang sangat menyayangi persahabatan mereka. “

“Saya juga gembira bahawa Studio Dragon memperbaharui karya BBC – Mistresses BBC. Seperti siri asal, ‘Mistress’ juga  menceritakan tentang kisah persahabatan, cinta, pengkhianatan, dan kehilangan. “

Mistress diarahkan oleh Han Ji Seung dari Alone in Love dan Valid Love. Drama ini  ditulis bersama oleh Go Jung Woon serta Kim Jin Wook dari Diary of June serta Time Renegades. Ianya telah mula ditayangkan pada 28 April lepas.

Ini adalah antara sebab kenapa anda perlu tonton Mistress

1. Perkembangan watak dan sifat ingin tahu

Semasa sidang akhbar drama, pengarah Han Ji Seung bercakap tentang perbezaan antara drama OCN dan siri asalnya dan menjelaskan, “Kami telah menyediakan perbezaan yang nyata antara empat watak dan personaliti mereka. Kami berfikir sebagai penonton menonton drama kami, mereka akan dapat mencari seseorang yang mempunyai masalah yang berkaitan, & pada mulanya, kami menumpukan perhatian kepada kebimbangan wanita yang dirasai dalam masyarakat moden kini. Sekarang, kami cuba mengembangkannya dan mengikuti kisah tentang betapa mencabarnya perjalanan hidup ini. Kami menyedari bahawa kami tidak bersendirian dalam menghadapinya. “

Sama seperti pengarah berkata, episod akan datang pada 5 Mei akan menyentuh sifat kebimbangan dan rasa cemas setiap watak. Jang Se Yeon (Han Ga In) percaya bahawa nombor telefon yang tidak dikenali yang memanggilnya dimiliki oleh suaminya yang telah meninggal dunia. Kim Eun Soo (Shin Hyun Bin) disyaki oleh Seon Ho (Jung Ga Ram) membunuh bapanya, iaitu bekas kekasihnya, Cha Min Jae (Lee Hae Young). Han Jung Won (Choi Hee Seo) menghabiskan malam yang hangat dengan Kwon Min Kyu (Ji Il Joo), manakala Do Hwa Young (Goo Jae Yee) mula mengikuti Kang Tae Oh (Kim Min Soo) iaitu seseorang yang pernah diminatinya namun tidak berjaya memilikinya. Semua cerita akan dipertintonkan momen-momen yang penuh emosi yang pastinya akan membuat memberikan pelbagai reaksi penonton.

2. Permainan psikologi


Di awal permulaan drama ini,  Choi Hee Seo menyatakan , “Semua insiden dan perubahan psikologi mempengaruhi watak bermula dengan adegan seks. Itulah titik mula segalanya berubah. “Dari episod pertama, situasi yang tidak dijangka berlaku dan semua watak dapat dilihat perubahannya. Ini dapat dilihat melalui kisah Jung Won, yang mengimpikan sebuah keluarga yang sempurna dengan suaminya, namun oleh kerana one-night stand, semuanya musnah.  Hwa Young pula, berjumpa semula dengan bekas kekasihnya, Tae Oh sehingga membuatkan tidak fokus dan hilang tumpuan. Jadi, apakah perubahan-perubahan lain yang bakal dipersembahkan oleh setiap karekter drama ini?

3. Permulaan thriller misteri


Perkara yang menarik perhatian penonton dalam episod sebelumnya adalah di mana empat wanita itu cuba membuang mayat yang dipercayai seorang lelaki. Apa yang diketahui setakat ini ialah model telefon bimbit yang dimiliki oleh lelaki tersebut dan telah menerima panggilan telefon nama yang tertera ‘isteri’. Petunjuk sebenar akan diketahui dalam episode ketiga. Oleh kerana drama ini berubah kategori dari R-rating bagi dua episod pertama di mana ianya sesuai untuk penonton yang berumur 15 tahun dan ke atas sahaja, drama ini akan lebih memberikan fokus kepada aspek misteri serta thiller.

Mistress disiarkan setiap hujung minggu pada pukul 10:20 malam di OCN.

Sumber : enews.imbc | sports.donga