Signal versi Jepun kini boleh ditonton menerusi dimsum

Akhirnya, drama Korea hit, Signal versi Jepun telah siap sepenuhnya. Signal versi jepun ini dibintangi oleh pelakon kesayangan ramai Kentaro Sakaguchi. Signal mengisahkan dua detektif dari era berbeza yang berkomunikasi melalui walkie-talkie untuk menyelesaikan kes-kes yang yang tidak berkesudahan (cold cases). Tayangan perdana Signal telah ditayangkan di Malaysia pada 24 April lalu melalui rangkaian dimsum.

Diilhamkan dari kisah sebenar mengenai pembunuhan bersiri Hwaseong, drama Signal Korea telah mendapat pengiktirafan serta pujian dari pelbagai pihak serta ianya menjadi sebuah drama dengan rating tertinggi di Korea. Drama ini juga telah memenangi beberapa anugerah termasuk Best Drama, Best Screenplay (Kim Eun Hee) dan and Best Actress (Kim Hye Soo) di Anugerah Seni Baeksang ke-52. Sebagai makluman tambahan, drama Signal juga telah memenangi beberapa anugerah di CariKdrama Awards 2016 bagi kategori terbaik dan juga popular. Antaranya, Signal dinobatkan sebagai Drama Of The Year, Best Director (Kim Won Suk), Best Screenplay (Kim Eun Hee), Best Actor (Jo Jin Woong), PD’s Award for the Best Ensemble Cast, Best Original Score, Favorite Drama dan Popular Ahjusshi (Jo Jin Woong).

Dalam versi Jepun ini, Kentaro mengambil alih peranan utama yang dilakonkan oleh pelakon popular  Lee Je Hoon. Dia memainkan watak sebagai Saegusa Kento, seorang criminal profiler.  Walaupun bekerja dalam pasukan polis, dia tidak mempercayai polis ekoran pengalaman buruknya ketika zaman kanak-kanak. Selain Kentaro, siri ini turut dibintangi oleh Kazuki Kitamura, Michiko Kichise, Atsuro Watanabe, Yuichi Kimura dan Tetsuhiro Ikeda.

Semuanya  bermula lima belas tahun lalu ketika seorang gadis diculik dalam perjalanan ke sekolah dan disaksikan sendiri oleh Saegusa Kento. Beberapa hari kemudian, gadis itu ditemui mati, dan walaupun detektif Takeshi Ooyama (Kitamura Kazuki) dan Kazuo Iwata (Masahiro Komoto) menyiasat kes jenayah itu tetapi si pelaku tidak dijumpai. Lima belas tahun kemudian, Saegusa, kini seorang pegawai polis dan seorang criminal profiler, menjumpai walkie-talkie yang membolehkannya berhubungan dengan Takeshi dari masa yang lepas. Mereka kemudian bersama-sama bekerjasama  untuk menyelesaikan kes-kes yang sejuk.

10 episode drama Signal ini telah disiarkan di Jepun pada 24 April yang lalu dan boleh ditonton secara streaming di dimsum pada jam 8 malam. Drama ini boleh ditonton pada hari yang sama ianya ditayangkan di Jepun pada setiap hari Selasa. Selain Signal versi Jepun, anda juga boleh menonton Signal asal yang boleh didapati dengan sarikata bahasa Inggeris dan Melayu penuh juga di dimsum.

Untuk sebarang maklumat lanjut anda boleh ikuti dimsum menerusi Facebook rasmi atau di Instagram

loading...