BTS World Tour buat hidup anda tidak keruan!

 

BTS telah bersedia untuk memulakan BTS World Tour!

Pada awal pagi 27 April, BTS telah mengeluarkan jadual persembahan bagi BTS World Tour. Destinasi pertama akan bermula di Seoul pada 25 dan 26 Ogos depan. Destinasi berikut yang disenaraikan termasuk Los Angeles, Oakland, Fort Worth, Hamilton, Newark, Chicago, London, Amsterdam, Berlin, dan Paris. Mereka juga berjanji akan mengumumkan lebih banyak lagi tarikh berkaitan BTS World Tour.

Ini merupakan poster bagi BTS World Tour yang akan memulakan perjalanannya di Seoul.

Kumpulan BTS juga turut berkongsi sebuah video mengenai BTS World Tour.

Untuk makluman tambahan, BTS kini sedang giat berlatih bagi untuk sesi comeback dengan album penuh mereka iaitu Love Yourself: Tear pada 18 Mei depan. BTS juga akan membuat persembahan dengan single terbaru mereka sempena Anugerah Muzik Billboard pada 20 Mei depan.

Army, adakah anda telah bersedia? Adakah Malaysia juga akan menjadi salah satu destinasi BTS World Tour kali ini? Tiada yang mustahil kan! Sama-samalah kita nantikan perkembangan lanjut.

loading...