Akhirnya Hyun Bin akan digandingan bersama Park Shin Hye dalam drama terbaru tvN.
Terdahulu, media melaporkan bahawa Park Shin Hye dalam proses pertimbangan mengenai tawaran untuk membintangi drama Memories of the Alhambra bersama Hyun Bin yang mana telah dulu mengesahkan menerima tawaran tersebut.
Pada 23 April, kedua-dua agensi Park Shin Hye dan tvN telah mendedahkan bahawa pelakon tersebut disahkan membintangi drama Memories of the Alhambra. kedua-duanya mendedahkan bahawa dia kini disahkan membintangi drama itu.
Baca juga : Misteri kesurupan ‘Alhambra’ menanti Park Shin Hye & Hyun Bin di bumi Andalusia ?
Memories of the Alhambra adalah sebuah melodrama fantasi mengenai seorang CEO syarikat pelaburan Yoo Jin Woo. Yoo Jin Woo mengadakan lawatan ke Sepanyol dan menginap di sebuah hotel yang dikendalikan oleh Jung Hee Joo. Hyun Bin akan bermain Yoo Jin Woo, manakala Park Shin Hye akan melakonkan watak sebagai Jung Hee Joo.
Drama ini ditulis oleh Song Jae Jung, yang sebelum ini telah menghasilkan naskhah thriller, misteri dan fantasy seperti MBC W – Two Worlds, tvN Queen In Hyun’s Man dan tvN Nine: 9 Times Time Travel. Memories of the Alhambra pula diarahkan oleh pengarah Ahn Gil Ho yang sebelum ini mengarahkan drama thriller, Forest of Secret.
Drama itu akan memulakan penggambaran pada bulan Mei di Sepanyol, dan ia bakal ditayangkan pada separuh kedua tahun ini.
sumber : xportsnews