Lee Min Ki dan Seo Hyun Jin kini mungkin bergandingan dalam drama terbaru

Terdahulu pelakon Lee Min Ki kini dalam proses seleksi untuk projek beliau seterusnya.

Pada 18 April lalu, media melaporkan bahawa pelakon itu ditawarkan untuk muncul dalam drama terbaru JTBC “The Beauty Inside,” iaitu drama remake dari sebuah filen dengan judul yang sama.

Mengulas lanjut perkara ini, agensi Lee Min memberitahu, “Benar, beliau telah menerima tawaran untuk membintangi drama ‘The Beauty Inside’ dan kini sedang mempertimbangkannya.Walau bagaimanapun, tiada sebarang keputusan dicapai buat masa ini. “

Media turut melaporkan bahawa pelakon Seo Hyun Jin Terdahulu, ia telah mendedahkan bahawa Seo Hyun Jin  juga ditawarkan untuk muncul dalam drama ini. Bagaimanapun, pelakon berkenaan masih lagi dalam proses pertimbangan.

Sedikot perbezaan dengan filem “The Beauty” Inside di mana seorang lelaki bangun setiap hari dalam badan yang berbeza, drama ini akan menjadikan watak utama perempuan pula yang akan bertukar menjadi orang yang berbeza dek kuasa mistik. 

Sumber : Naver

loading...