Apakah Lee Jong Suk dan Kim Ji Won kembali bergandingan selepas High Kick 3?

Lee Jong Suk dan Kim Ji Won mungkin membintangi drama baru di Netflix!

Pada 17 April lalu, kedua-dua agensi pelakon terbabit; YNK Entertainment dan King Kong by Starship menyatakan bahawa Lee Jong Suk dan Kim Ji Won telah menerima tawaran  tawaran untuk membintangi  drama “See You Again”.  Kedua-duanya  dalam proses meneliti tawaran berkenaan, dan tiada sebarang maklumat lanjut dicapai.

Baca juga : Lee Jong Suk, dari A-Man, program amal dan mulakan pengambaran Death Song

Drama ini ditulis oleh penulis yang telah menghasilkan “Oh My Venus” di mana ia mengisahkan perjalanan kisah percintaan antara jejaka dan wanita.

Lee Jong Suk dan Kim Ji Won pernah digandingkan sebelum ini menerusi drama MBC “High Kick 3 -The Revenge Of The Short Legged” pada tahun 2011, dan jika kedua pelakon bersetuju menerima tawaran in, mereka akan kembali bergandingan selepas tujuh tahun.

Sementara itu, Lee Jong Suk baru sahaja memulakan penggambaran untuk drama terbarunya “Death Song”  dan Kim Ji Won pula muncul dalam filem “Detective K: Secret of the Living Dead.”

Sumber : heraldcorp

loading...