Park Bo Gum dan Suzy ditawar bintangi drama terbaru SBS

Pada 19 April hari ini, media melaporkan bahawa Park Bo Gum dan Suzy kini secara positifnya sedang mempertimbangkan tawaran membintangi drama terbaru SBS yang berjudul “People of Incheon Airport”.

Mengulas lanjut perkara ini, agensi Park Bo Gum;  Blossom Entertainment memberitahu , “drama SBS yang terbaru ini ‘People of Incheon Airport’ adalah salah satu daripada projek yang ditawarkan kepadanya,” dan menambah, “bagaimanapun projek beliau yang akan datang masih belum diputuskan lagi.”

Agensi Suzy; JYP Entertainment turut memaklumkan, “Ia adalah salah satu projek yang ditawarkan, tetapi masih belum diputuskan samada Suzy akan membintangi drama berkenaan atau sebaliknya.”

People of Incheon Airport ini ditulis oleh Kang Eun Kyung, yang sebelum ini telah menghasilkan karya seperti “Baker King Kim Tak Goo”, “Gu Family Book” dan “Romantic Doctor Kim“. PD drama ini adalah Shin Woo Chul yang pernah mengarahkan drama “Secret Garden“, “A Gentleman’s Dignity” and “Gu Family Book“.

Sebelumnya, projek ini berkisarkan tentang  drama bersejarah yang diberi judul “Yeowoo Gaksibyeol”, di mana pelakon Park Shin Hye pernah ditawarkan untuk membintangi drama tersebut. Bagaimanapun, setelah plot drama ini berubah sepenuhnya, aktress tersebut menolak tawaran itu.

“People of Incheon Airport” dijangka bersiaran selepas “Wok Of Love”.

Sumber : star.fnnews | Naver

loading...