Misteri kesurupan ‘Alhambra’ menanti Park Shin Hye & Hyun Bin di bumi Andalusia ?

Setelah Park Shin Hye menolak untuk membintangi drama SBS Incheon To The Airport secara rasmi hari ini, beliau dilaporkan pula sedang menimbang tawaran membintangi drama tvN Memories of Alhambra bersama dengan Hyun Bin. Pelakon Hyun Bin sudah pun mengesahkan penglibatannya dalam drama ini.

tvN Memories of Alhambra merupakan drama ‘thriller’ yang mengujakan ditulis oleh Song Jae Jung, seorang penulis skrip yang terkenal dengan garapan berbentuk ‘twist’ seperti beliau lakukan dalam beberapa naskahnya seperti MBC W – Two Worlds dan tvN Nine: 9 Times Time Travel. Drama ini dijangka akan memfokuskan bandar Granada, Sepanyol di mana terletaknya istana Alhambra yang dahulunya pernah dikuasai pemerintah Muslim daripada kerajaan Almoravid.

Park Shin Hye akan membawa watak sebagai pengurus sesebuah hotel di Granada, Sepanyol  yang dinamakan sebagai Jung Hee Joo. Jung Hee Joo bertemu pertama kali dengan Dr. Yoo Jin Woo (Hyun Bin) yang mengadakan siri lawatan kerja dari Korea Selatan.  Dr. Yu Jin Woo ialah seorang jurutera yang mempunyai ijazah kedoktoran falsafah (Phd)  yang berwawasan tinggi dan tak mudah mengaku kalah. Sesuatu kejadian tak diduga berlaku di antara kedua-duanya menyebabkan mereka terpalit sama. Tak dijelaskan apakah misteri yang bakal menggugat kehadiran mereka.  Sumber lain mengatakan bahawa drama ini akan menceritakan suatu wabak penyakit berlaku di bandar tersebut sehingga tertularnya rangkaian mayat hidup dipanggil sebagai ‘zombies’ walaupun ianya belum disahkan kebenarannya. Apapun yang pasti, penulis skrip ini sangat terkenal dengan ‘twist’ mengejutkan di awalan cerita dengan berbagai-bagai misteri.

W: The Two World, salah satu drama yang ditulis oleh Song Jae Jung.

Drama ini akan diarahkan oleh PD tvN Forest of Secret, Ahn Gil Ho yang sememangnya sudah diketahui kreativitinya dalam drama berbentuk ‘thriller’. tvN Forest of Secret dicatatkan sebagai antara drama thriller terbaik pada tahun lepas sehingga mencipta kejutan meraih kemenangan dalam kategori Best Screenplay menumpaskan pesaing-pesaing daripada pemenang Drama of The Year tahun lepas, tvN Because This Is My First Life dan juga tvN Goblin.

tvN Memories of Alhambra dijangka ditayangkan pada pada pertengahan tahun 2018 ini.

Sumber: star.mk , sedaily

 

loading...