(Edisi Laku Keras)’Pre-order’ mini album terbaru Wanna One 0+1=1 (I Promise You) cecah 700k unit

Penangan aura Wanna One memand tidak dapat disangkal lagi. Biarpun mini album terbaru mereka belum dilancarkan lagi, namun 700,00 unit telah dicapai melalui pre-order sahaja!

Menurut agensi kumpulan itu, Wanna One telah berjaya memecahkan rekod mereka sendiri untuk stok pra-pesanan album dari pengedar. Mini album kedua kumpulan ini berjudul 0 + 1 = 1 (I Promise You) berjaya mencecah lebih daripada 700,000  unit pra-pesanan dalam masa hanya empat hari, dari 27 Februari hingga 2 Mac.

Album debut pertama Wanna One 1 × 1 = 1 (To Be One) dan re-package album  1-1 = 0 (Nothing Without You) secara kolektifnya terjual lebih daripada 1.4 juta unit, serta mampu mencecah 1 juta unit lagi dengan album berikutnya.

Menjelang pelancaran mini album ini secara rasmi pada 19 Mac ini, Wanna One telahpun mengeluarka lagu tema khas berjudul “I.P.U.” berserta video muzik pada 5 Mac lalu.

Tahniah kami kepada Wanna One atas pencapaian yang mengagumkan!

Sumber : edaily | Naver

Jom tonton video Muzik I.P.U dari Wanna One

loading...