[Hangat] Park Shin Hye dan Choi Tae Joon akhirnya mengaku bercinta!

Jika sebelum ini mereka dikatakan sedang bercinta namun dinafikan oleh kedua pihak, akhirnya mereka dilaporkan mengaku bahawa memang benar mereka kini berpacaran.

Baca juga : [Terkini] Park Shin Hye dan Choi Tae Joon dilaporkan berpacaran

Mereka pada awalnya menafikan perkara ini dan mendakwa ianya adalah khabar angin. Namun, media Dispatch telah berkongsi gambar keduanya bertemujanji sehingga pasangan ini akhirnya mengaku berpacaran.

Agensi Park Shin Hye berkata, “Park Shin Hye dan Choi Tae Joon telah menjadi kawan rapat, tetapi mereka berdua baru sahaja bertemujanji memulai sejak akhir tahun lepas. Mereka saling menyokong antara satu sama lain. Agensi Choi Tae Joon juga mengakui perkara ini, “Kami telah menyiasat mengenai khabar angin itu dan memang benar mereka telah berpacaran sejak akhir tahun  lepas.”

Doakan pasangan ini berkekalan ok!

sumber : AllKpop | AllKpop

loading...