Benarkah Park Bo Gum nak ke Malaysia sekali lagi???

Khabar angin kuat mengatakan pelakon muda yang berwajah jambu ini akan menjengah Malaysia buat kali ke-2 selepas sesi jelajahnya di Kuala Lumpur sempena promosi drama KBS Moonlight Drawn by Clouds pada akhir tahun 2016 dan seakan-akan disahkan kedatangannya ke Malaysia oleh duta syarikat yang sangat sinonim dengannya, yakni Samsung melalui posting yang dimuatnaik semalam.

Sumber terdekat mengatakan Park Bo Gum akan memeriahkan majlis pelancaran telefon pintar Galaxy S9 bertempat di Pavilion KL pada 15 Mac 2018 ini. Namun, ianya belum disahkan setakat ini. Walaubagaimananapun, kedatangan Park Bo Gum sememangnya agak dinantikan peminat-peminatnya di sini.

Sesi jelajahnya yang pertama kali di pentas Plenary Hall KLCC dahulu pernah dibanjiri ramai peminat di seluruh pelusuk negara. Park Bo Gum tak putus-putus menghidangkan mereka dengan pelbagai “fans service” sehingga ada yang menyangka Park Bo Gum lebih segak berbaju melayu berbanding baju moden Korea. Begitu kuat penangan budak ini  yang menjadi dambaan makcik-makcik bawang dan peminatnya. Sila rujuk artikel temuduga kami dengan Park Bo Gum di sini –> https://kmania.info/2016/12/10/putera-mahkota-dari-joseon-park-bogum-jejaki-peminatnya-di-malaysia/ .

Sumber: Samsung Malaysia

loading...