Jo Jung Suk, Gong Hyo Jin & Ryu Jun Heol disatukan untuk filem terbaru

Selepas bergandingan menerusi drama Jealousy Incarnate, sekali lagi Jo Jung Suk dan Gong Hyo Jin akan digandingkan menerusi sebuah filem pula.

Sebuah filem terbaru yang berjudul Hit-and-Run Task Force menerusi pihak produksinya telah mengesahkan barisan pelakon bagi filem berkenaan. Antara pelakon yang akan membintangi filem ini adalah Jo Jung Suk dan Gong Hyo Jin, Ryu Jun Yeol, KEY SHINee, Yum Jung Ah, dan Jeon Hye Jin.

Dalam filem ini, Gong Hyo Jin memegang watak sebagai Eun Si Yeon yang merupakan seorang penyiasat diunit penyiasatan serantau, ibu pejabat polis. Kemudian dia telah diturunkan tugasan untuk menyertai pasukan hit-and-run   di sebuah balai polis. Manakala Ryu Jun Yeol akan memegang watak Seo Min Jae, yang merupakan pegawai yang mengetuai pasukan hit-and-run. Kedua-dua mereka bekerjasama untuk mengejar watak Jo Jung Suk  sebagai Jung Jae Chul, yang merupakan bekas pelumba Formula One yang kini terlibat dengan jenayah kerana kegilaannya terhadap kereta dan kelajuan.

Key Shinee akan membawakan watak Dong Soo, seorang pemandu trak tunda yang selalunya akan tiba tepat pada masa di tempat kejadian langgar lari tersebut.  Dia akan menunjukkan gabungan yang hebat dengan watak lakonan Ryu Jun Yeol. Yum Jung Ah akan membawakan watak sebagai Yoo Ji Hyun iaitu merupakan adalah Superior Gong Hyo Jin di unit siasatan serantau.  Watak Woo Sun Young yang dilakonkan oleh Jeon Hye Jin pula digambarkan sebagai seorang  merupakan ketua pasukan yang boleh dipercayai dan berjaya mengemudi pasukan dengan baik.

Hit-and-Run Task Force dijadual akan memulakan penggambaran sekitar Mac depan.

Sumber : Naver

loading...