Versi ‘Boy With Luv’ BTS yang satu lagi ini lebih bersahaja & dekat di hati peminat

Big Hit Entertainment membuat kejutan semalam dengan mengeluarkan video klip ‘Boy With Luv’ baru nyanyian BTS bersama Halsey dengan versi kali ini didedikasikan buat peminat. Video klip terbaru ini kelihatan lebih bersahaja dan dekat di hati peminat walaupun suntingannya agak kurang kemas berbanding versi asal.

Beberapa adegan dilihat berbeza dengan versi asal dengan menumpukan Halsey sebagai rakan duet mereka dan ahli-ahli kumpulan BTS dilihat bebas berinteraksi sesama sendiri. Lagu yang digunakan untuk versi kali ini juga adalah sama seperti yang terkandung di dalam album Map of Soul : Persona dengan Halsey menyanyikan sebahagian ‘chorus’ yang tak tertera di dalam video klip nyanyian versi asal. Berikut adalah petikan-petikan bergambar yang dilihat sedikit berbeza daripada versi asal:

‘Boy With Luv’ telah berjaya mencipta fenomena tersendiri di bumi Amerika Syarikat dengan kedudukan tertinggi no.8 di Billboard Hot 100 dicapai oleh mana-mana kumpulan boyband kpop selain tercatat rekod dengan tontonan paling banyak di Youtube dalam 24 jam di seluruh dunia. Album Map of Soul : Persona juga meraih no.1 di Billboard 200 sekaligus mencipta sejarah sebagai kumpulan boyband pertama selain The Beattles mempunyai tiga kali album no.1 dalam tempoh setahun.

loading...