Drama ‘spy’ “Prometheus” bakal temukan Joo Ji Hoon, Ha Ji Won dan Ki Hong Lee bersama???

Produksi yang terkenal dengan drama KBS Princess’s Man dan KBS Chuno  mengumumkan bahawa mereka akan menerbitkan drama aksi riskan berjudul “Promoteus: War of Fire” dengan nama penulis skrip dan pengarahnya yang masih dirahsiakan lagi.

Tawaran telah  pun diberikan pada ketiga-tiga pelakon, Joon Ji Hoon, Ha Ji Won dan Ki Hong Lee dan masih dipertimbangkan oleh mereka lagi. Ha Ji Won akan membawakan watak sebagai agen NIS Korea (agen risikan negara) bernama Cha Eun Soe manakala Joo Ji Hoon pula sebagai pengkhianat Korea Utara bernama Park Hoon iaitu mantan seorang askar dahulu di Korea Uta. Mereka ditugaskan menyamar sebagai “suami isteri” di tanah Korea Utara dalam operasi dinamakan sebagai Prometheus untuk mencari sekumpulan saintis berpengaruh di Korea Utara yang terlibat dalam teknologi senjata nuklear. Saintis itu dilaporkan “hilang” tiba-tiba di Pakistan. Lantaran daripada itu, beberapa negara turut menjalankan misi untuk mendapatkan mereka sebelum dijumpai oleh pemimpin negara mereka dari Korea Utara.  Dalam melakukan penyamaran itu, Ha Ji Won dan Joon Ji Hoon terganggu seketika dengan kehadiran seorang wanita misteri bernama Song Chae Yool sehingga menyebabkan mereka terpaksa berhadapan dengan bahaya berulang-ulang kali.

Joo Ji Hoon sebagai dewa maut di dalam filem blockbuster, “Along with The Gods”

Tahun 2018 merupakan waktu yang agak sibuk buat Joo Ji Joon apabila tak menang tangan menerima twaran pelbagai baik daripada filem mahupun drama. Filem Along With The Gods, merupakan filem beliau paling box office setakat ini sehingga menduduki sebagai top 3 filem terlaris di Korea sepanjang zaman dan masih ditayangkan lagi di layar perak lagi. Drama baru beliau bersama penulis skrip, Kim Eun Hee berjudul Kingdom sedang dalam penggambaran dan akan disiarkan di cenel Netflix akhir tahun ini.

Manakala untuk Ha Ji Won pula, ini kali kedua beliau memegang watak sebagai agen perisik, kali pertama menerusi drama MBC King 2 Hearts di mana beliau meraih pencalonan Best Actress CARI Kdrama Awards. Drama MBC Hospital Ship yang menampilkan beliau sebagai doktor hospital bergerak dalam kapal berjaya meraih “ratings” tertinggi cenel MBC pada tahun 2017.

Jika Ki Hong Lee, pelakon kelahiran Amerika Syarikat yang terkenal  dengan filem Maze Runner ini menerima untuk membintangi drama Prometheus, ini merupakan lakonan pertama beliau di bumi Korea Selatan. Mungkin penonton dapat menyaksikan Ki Hong Lee menuturkan ‘Hangul’ dalam longat Amerika Syarikat.

loading...