BTS debut no.28 dalam Carta Billboard hot 100, paling tertinggi pernah dicapai kumpulan Kpop

Ingat lagi tak artikel Kmania ramalkan sebelum ini bahawa BTS dijangka menduduki top 50 sekurang-kurangnya dalam carta Billboard Hot 100. Nampaknya, BTS sudah pun menepati ramalan kerana bukan saja berada dalam top 50 dengan single ‘Mic Drop’ yang di’remix’kan  oleh Steven Aoki dan dicipta bersama Desiigner ini, malah berjaya menempatkan di tangga ke-28, sekaligus mencipta rekod sebagai kumpulan Kpop pertama yang menduduki carta hot 100 pada top 30 ke atas. Hanya penyanyi rap Korea, Psy saja masih mengekalkan posisi terbaik dalam carta hot 100 dengan kedudukan no.2 menerusi single “Gangnam’s Style”. Ia sekaligus memintas kedudukan terbaik mereka melalui single pertama album “Love Yourself: Her”, “DNA” sebelum ini di tangga ke-67.

Kejayaan BTS ini banyak dibantu dengan populariti kumpulan boyband ini di media sosial termasuklah twitter dan instagram, selain kemunculan mereka di American Music Awards dan program temubual dengan Ellen show minggu lepas serta kolaborasi dengan pemuzik-pemuzik dari Amerika Syarikat seperti Steve Aoki dan Desiigner. BTS baru-baru ini telah diberikan penghargaan “Artist of The Year” di MAMA Awards yang berlangsung di Hong Kong walaupun bersaing ketat dengan kumpulan boy band EXO dan juga girl group, Twice yang juga mempunyai pengaruh agak kuat di Korea Selatan.

https://www.youtube.com/watch?v=kTlv5_Bs8aw

Sumber: Billboard