Seo Hyun Jin dan Ji Sung masing-masing menang Best Actor & Best Actress di Grimae Awards

Seo Hyun Jin dan Ji Sung masing-masing menerima anugerah Best Actress dan Best Actor daripada Grimae Awards menerusi lakonan mereka dalam drama SBS Temperature of Love dan SBS Defendants.

Seo Hyun Jin diberikan penghargaan di atas keberkesanan membawakan watak Lee Hyun Soo yang tergedik-gedik menghadap cinta tak matang sehingga menjurus sesiapa saja boleh meluat dan benci padanya, manakala Ji Sung pula atas lakonan penuh berkarisma sebagai banduan yang ingin melepaskan diri daripada penjara untuk membuktikan dirinya tak bersalah.

Grimae Awards ialah anugerah yang diadakan oleh Persatuan Producer TV Korea untuk diberikan pada pengarah drama TV yang bereksperimen dalam visual tv di samping mengembangkan kreativitinya terutamanya dalam bidang sinematik (sinematografi). Pemenang Best Actor sebelum ini termasuklah Lee Jong Suk (SBS Pinocchio) , Yeo Jun Hoon (SBS Mask) dan Kim Eung Soo (KBS The Imjin War 1592) manakala UEE (MBC Marriage Contract) , Soo Ae (SBS Mask) dan Song Yoon Ah (MBC Mama) pernah meraih anugerah Best Actress sebelum ini.

Grimae Awards untuk edisi tahun 2017 akan dibuat di bangunan KBS jam 7.00 pm pada 8 Dec 2017.

Sumber: chosun

loading...