Song Joong Ki & Park Bo Gum jadi hos 2017 MAMA awards

Sumber rasmi melaporkan bahawa Song Joong Ki dan Park Bo Gum masing-masing akan mengendalikan 2017 MAMA Awards di Hong Kong dan Jepun.

Song Joong Ki dikenali dengan drama KBS Descendants of The Sun sehingga mencetuskan fenomena sojar bernama Yoo Shi Jin di seluruh pelusuk dunia dan juga lanjutan perkahwinannya dengan heroin drama itu juga, Song Hye Kyo pada 31 October lepas. Penampilannya sebagai hos 2017 MAMA Awards adalah pertama kali sejak berkahwin.

Park Bo Gum pula menyerlah tahun lepas dengan watak putera mahkota dalam drama bersiri KBS Moonlight Drawn By Clouds dan juga pemain badeuk, Choi Taek menerusi tvN Reply 1988 sehingga menyebabkan namanya menitip di bibir peminat seluruh dunia. Kalau tak, masakan jelajah Asia bersama Park Bo Gum di Malaysia dan negara-negara lain serantau tersangat sukses. Park Bo Gum akan mengendalikan slot MAMA Awards di Jepun.

MAMA Awards merupakan anugerah muzik tahunan korea yang dianjurkan CJE & M dan telah diadakan selama sepuluh tahun. Pihak penganjur mengambil kesempatan untuk memperkenalkan jenama anugerah ke peringkat antarabangsa apabila Singapura menjadi destinasi pertamanya pada tahun 2011 dan Hong Kong untuk tahun seterusnya. Cuma pada tahun 2017, MAMA Awards pertama kali diadakan sebanyak 3 kali di Hong Kong, Jepundan Vietnam secara berkala dalam seminggu dan dinamakan sebagai minggu MAMA.

  Sumber: OSEN , Magik Park Bo Gum

loading...