Dream Program : Inisiatif Buat Pelapis Muda Sukan Musim Sejuk

Apa itu Dream Program?

Dream Program diwujudkan untuk memperkenalkan sukan musim sejuk kepada golongan muda yang tidak akan berpeluang untuk mengalami cuaca musim sejuk dan sukan musim sejuk. Program ini telah dilancarkan oleh PyeongChang pada tahun 2004 yang juga merupakan sebahagian daripada tawarannya untuk Sukan Olimpik Musim Sejuk 2010. Sejak itu, seramai 1,574 belia (105 orang kurang upaya)  dari 75 negara telah menyertai program ini. Program ini  biasanya dianjurkan selama 10 hari di antara bulan Januari dan Februari. Jadi tepatlah dengan tagline program ini iaitu  You are Champs , We are Friends  kerana penyertaannya bersifat terbuka kepada negara lain.

Logo Dream Program

Dream Program ini memberikan peluang kepada belia yang berumur 11 hingga 15 tahun untuk berlatih dalam sukan ski dan sukan ais. Khususnya, golongan belia yang mempunyai akses terhad kepada cuaca musim sejuk atau sukan musim sejuk. Buat mereka yang berpotensi untuk cemerlang dalam sukan musim sejuk, mereka akan dijemput ke PyeongChang. Program ini juga membantu untuk memupuk hubungan baik antara negara-negara dan memperkayakan peserta melalui pertukaran budaya.

Para peserta mencuba sukan musim sejuk
Tenaga pengajar professional mengajar peserta

Pihak berkepentingan utama seperti IOC (International Olympic Committee), Persekutuan Antarabangsa musim sejuk seperti FIS (Fédération Internationale de Ski) dan ISU (International Skating Union), media asing serta NOC telah memuji Dream Program ini sebagai satu inisiatif yang cemerlang yang telah menyumbang kepada pergerakan Olimpik (Olympic Movement). Ia telah membantu mengembangkan sukan musim sejuk, mempromosikan ikatan persahabatan di kalangan belia , dan menyumbang kepada keamanan di seluruh dunia. Sejak tahun 2011, fasa kedua Dream Program,  yang dipanggil New Dream Program, telahpun mula beroperasi.

 

Di bawah New Dream Program ini, ada peningkatan dari segi peluang buat belia termasuk golongan kurang upaya untuk mengalami sukan musim sejuk di PyeongChang. Pada tahun 2012, Dream Program juga diperluas untuk menjadi sebuah akademi untuk sukan musim sejuk. Permohonan tersebut telah diedarkan dan diterima oleh Kedutaan Korea melalui proses perundingan dengan Jawatankuasa Olimpik Negara (NOC) negara berkenaan.

Peserta dari pelbagai negara
Antara negara yang terlibat

Matlamat / Sasaran

1.Latihan profesional sukan musim sejuk yang menjalankan: Akademi Sukan Musim Sejuk

  • Bertukar teori dan cara praktikal serta bimbingan tentang sukan salji (Berski dan Snowboarding) dan sukan di atas ais (Figure Skating & Short track speed skating)
  • Jurulatih yang berpengalaman akan membantu para peserta yang berpotensi di negara mereka sendiri menerusi kaedah bimbingan dan kaedah latihan praktikal.
  • Pemain akan lebih memahami mengenai sukan musim sejuk dan meningkatkan kemahiran mereka.
Biarpun berlainan negara, jelas kelihatan persahabatan yang terjalin. Mereka bersedih apabila program ini berakhir

2. Menyumbang kepada persahabatan dan pertukaran sukan antarabangsa di antara negara-negara di dunia

  • Lawatan Kebudayaan ke Wilayah Gangwon, Seoul Tour
  • Alami pengalaman di Korea, dan Rekreasi (Dream Lounge , parti sosial, permainan air)
  • Menikmati kemudahan sukan Olimpik musim sejuk PyeongChang dan alami pengalaman sukan musim sejuk.
Peserta juga berpeluang untuk mempelajari peralatan muzik tradisional Korea

Proses Penyertaan

  • Permohonan diedarkan dan diterima oleh Kedutaan Korea melalui proses perundingan dengan Jawatankuasa Olimpik Negara (NOC) negara berkenaan.
  • Setiap NOC mengesyorkan peserta yang layak perlulah berumur di antara 11-15 tahun di negara itu. Selepas mengkaji semula permohonan itu, peserta akhirnya disahkan oleh Wilayah Gangwon.

Proses Bagi Orang Kurang Upaya

  • Bagi belia OKU, Jawatankuasa Paralimpik Korea bertanggungjawab memilih peserta dengan kerjasama setiap Jawatankuasa Paralimpik Kebangsaan (NPC).
  • Setiap NPC mengesyorkan para peserta yang layak perlulah berumur di antara 14 hingga 19 tahun di negara itu. Selepas mengkaji semula permohonan, peserta akhirnya akan disahkan oleh Wilayah Gangwon.

Sumber : PyeongChang2018, Dream Program, Flickr PyeongChang 2018