Siapa gerangan Pelakon Popular yang disyaki lakukan gangguan seksual?

Panas lagi industri hiburan Korea. Kali ini melibatkan seorang pelakon yang dikhabarkan popular pula.

Bagaimanapun, agensi yang menguruskan pelakon terkenal tersebut telah menafikan tuduhan gangguan seksual ketika di set penggambaran.

Pelakon berkenaan, yang dirujuk sebagai “J” pada laporan awal, dikatakan telah mengganggu seorang krew wanita yang berusia  awal 20-an ketika di set sebuah rancangan televisyen pada tahun 2013.

Menurut laporan itu, “J” memanggil krew wanita berkenaan secara berasingan dan telah menciumnya selain menyentuh dada dan kaki krew wanita tersebut. Media juga melaporkan pelakon tersebut juga telah menghubungi krew wanita berkenaan secara peribadi beberapa kali.

Pada 22 Februari, maklumbalas daripada agensi pelakon menyatakan laporan pelakon tersebut telah melakukan gangguan seksual terhadap serang krew wanita adalah tidak berasas.

Laporan terbaru ini menunjukkan peningkatan tuduhan gangguan seksual dalam industri hiburan Korea. Seperti yang berlaku di beberapa negara lain, ramai mangsa gangguan seksual dan serangan baru-baru ini telah mendapat inspirasi untuk bercakap serta mengutarakan pengalaman mereka yang mana ianya sebahagaian daripada satu gerakan  “Me Too” yang dilihat semakin meningkat.

Antara gangguan seksual yang terjadi melibatkan industri hiburan Korea baru-baru ini adalah seperti berikut; pelakon Jo Min Ki telah dituduh melakukan gangguan seksual terhadap pelajarnya  di universiti, pengarah filem Cho Geun Hyun pula dituduh melakukan gangguan seksual semasa uji bakat, serta seorang pengarah di MBC sedang disiasat kerana didakwa mengganggu rakan sekerja, dan banyak lagi.

sumber : xporstnews | star.mknews

loading...