Penjualan tiket Wanna One macam goreng pisang panas!

Penjualan tiket Wanna One macam goreng pisang panas!

Kumpulan Wanna One buat pertama kalinya akan mengadakan Fan Meeting bersama peminat mereka di Malaysia pada 19 Januari 2018 bertempat di Stadium Negara.

Kredit gambar : WOMY

5/11 ~ Memang tidak disangkal lagi populariti Kumpulan Wanna One di Malaysia bukan cakap kosong. Peminat mereka telah beratur dan berkumpul seawal yang mungkin untuk mendapatkan tempat semasa pelancaran penjualan tiket pada pagi ini.

https://www.instagram.com/p/BbGomgPlg9aEdpwufif_9QWFPZDcOXcbY-P91E0/?taken-by=auntiespg

Setakat jam 12.30 tengahari tadi,  hampir separuh tiket rockzone telah terjual.  Begitu juga dengan tiket VIP.

Persoalannya, betulkan peminat Wanna One yang beratur? Atau ada kumpulan yangg cuba mendominasi tiket-tiket tersebut?? Sudah terdengar di Twitter ada beberapa orang peminat yang telah menjual harga tiket dua kali ganda. (Peminatkah mereka ini??) Yang pasti mereka bukan Wannables !!!

Oh tidak! Kumpulan Wanna One benar-benar telah membuat peminat-peminat mereka  di Malaysia tidak keruan.

https://www.instagram.com/p/BbGomgPlg9aEdpwufif_9QWFPZDcOXcbY-P91E0/?taken-by=auntiespg

Auntie dan team KMania? Semestinya tak sabar nak jumpa dengan kesebelasan mereka. Burn it up !

Info terkini :

VIP LL1, LL2, LL3, LR1, LR2, LR3, UL1 have been officially SOLD OUT!

Jadi kami ucapkan selamat mencuba untuk mendapatkan tiket anda. Kami percaya event kali ini pasti Full House!!