Pemilihan pelakon tvN Hwayuki / Farenheit selesai: Lee Seung Gi, Cha Seung Won, Oh Yeon Seo, Choo Ja Hyun & Lee Hong Ki

Atas, dari kiri; Lee Seung Gi. Cha Seung Won Bawah, dari kiri; Oh Yeo Seo. Lee Hong Ki. Choo Ja Hyun.

Drama tvN yang dinanti-nantikan hasil  tulisan adik beradik Hong, iaitu Hwajuki sudah pun mengesahkan pemilihan pelakon mereka termasuk Lee Seung Gi yang masih lagi di dalam akademi tentera kerana menjalani khidmat negara. Kesemua mereka kecuali Lee Seung Gi, iaitu Cha Seung Won, Oh Yeon Seo, Cho Ja Hyun dan Lee Hong Ki berkumpul di sesuatu tempat di Seoul hari ini untuk pembacaan skrip yang pertama.

tvN Hwayuki mengambil inspirasi daripada lagenda “Journey To The West” dan bakal menghimpunkan elemen-elemen fantasi dalam bentuk romantik komedi. “Journey To The West” ialah lagenda klasik China berkisarkan tentang pengembaraan sami Buddha ke barat sambil ditemani monyet Sun Wukong, babi Zhu Baji dan dewa laut Sha Wu Ji. Seperti yang kita ketahui, adik-beradik Hong terkenal dengan penulisan bercorakkan elemen fantasi komedi seperti mereka lakukan dalam Master’s Sun, Hong Gil Dong dan My Girlfriend is a Nine-Tailed Fox. Hong Sisters pernah meraih anugerah Best Screenplay Baeksang Art Awards untuk drama the Greatest Love yang turut menggandingkan Cha Seung Won.

“Sun Wukong” dilakonkan oleh Lee Seung Gi ialah seorang yang diakui hebat oleh orang ramai tapi dia mempunyai nada kesombongan yang tinggi, ego dan  suka memberontak, serta juga seorang yang suka melepaskan kemarahan sesuka hati. Di masa lalu, dia ialah jelmaan “Sun Wukong”.

Watak sami “Sanzhang” pula akan dibawa oleh Oh Yeon Seo, seorang peguam dihormati di kalangan pelanggannya kerana agak penyabar.  Dia menjadi wakil syarikat perumahan yang memfokuskan pada bangunan beli-belah. Merupakan seorang yang cantik dan berbakat, “Sanzhang” akan menjadi rebutan antara “Sun Wukong” dan “raja lembu”.

Cha Seung Won pula melakonkan watak sebagai “abang” (mungkin abang angkat) kepada Wukong iaitu “raja lembu”, seorang hartawan dan pemilik syarikat hiburan yang berjaya.

Tidak dipastikan watak apa yang bakal dibawa oleh Cho Ja Hyun yakni “comeback” beliau setelah tujuh tahun tidak berlakon dalam drama. Lee Hong Ki pula akan menjayakan sebagai idol yang amat diminati ramai gadis-gadis jelita. Mirip dengan babi “Zhubaji”, Lee Hong Ki akan mempersembahan lakonan berbentuk kasanova dan bakal menyemarakkan persaingan cinta antara ketiga-tiga mereka.

tvN Hwayuki akan diarahkan oleh Park Hong Kyun, pengarah yang sering bekerjasama dengan adik-beradik Hong dalam dua siri sebelum ini iaitu MBC Greatest Love dan MBC Warm and Cozy. Ia disiarkan pada Disember ini.

Sumber: Is Plus , OSEN

loading...