Mari gegarkan panggung wayang tonton filem korea secara percuma

Korean Tourism Organization (KTO) dengan kerjasama GSC akan menayangkan filem-filem korea di panggung wayang secara percuma bertempat di Pavilion KL pada 26 October sehingga 28 October ini.

Filem-filem yang ditayangkan merupakan barisan filem yang mendapat penghargaan dan juga meraih kutipan box office tertinggi di Korea Selatan. Antara filem yang bakal ditayangkan ialah filem “Train To Busan” lakonan Gong Yoo, yang merupakan pelakon drama tvN Goblin yang popular berkisarkan tentang “zombies” atau mayat hidup yang bangkit menghantui penduduk bandar Seoul. Penonton juga akan terbawa-bawa ke zaman Joseon purba apabila mereka menyaksikan filem “The Fatal Encounter” tentang bagaimana Raja Jeong-jo beberapa kali berhadapan dengan cubaan bunuh.

Semestinya pemenang Best Actor 5th Cari Kdrama Awards menerusi drama tvN Signal , Jo Jin Woong  memukau kita dengan lakonan detektif jahat dan korup dalam filem suspens penuh thriller, “A Hard Day”, juga bakal dimuatkan dalam slot tayangan.  Dua lagi filem yang lain ialah “My Love, My Bride”, sebuah naskah komedi romantik gandingan Jo Jung Suk dan Shin Min Ah tentang bagaimana mereka cuba menyesuaikan diri selepas berkahwin serta “My Brilliant Life”, filem tentang anak kecil yang mengalami penyakit genetik progeria lakonan Song Hye Gyo dan Kang Do Won.

Bagaimana untuk mendapatkan tiket menyaksikan filem-filem ini di pawagam?

Pertama sekali, anda mesti “screenshot / print screen” gambar artikel yang anda sedang baca sekarang ini (kmania.info) dan juga artikel di GSC. Kemudian, anda tunjukkannya ke kaunter tiket GSC di Pavilion, Kuala Lumpur untuk menuntut DUA tiket percuma bermula pada hari ini, 19 October 2017. Selesai! Konsepnya siapa cepat, dia dapat.

Bilakah filem saya mahu tonton akan ditayangkan?

Jadi, apa lagi. Jom serbu panggung wayang sekarang.

 

loading...