Kenapa Anda Perlu Tonton OCN Black?

Drama Korea “Black”  terbitan OCN ini menggandingkan Song Seung Heon ( Saimdang The Light’s Diary) dan Go Ara (Hwarang). Ditulis oleh  Choi Ran (God’s Gift—14 Days), dan diarahkan oleh PD Kim Hong-sun (Voice), pastinya drama ini  menjanjikan drama hujung minggu terbaik anda.

Sinopsis

Drama Black adalah sebuah drama bergenre thriller misteri.  Black menceritakan kisah seorang Grim Reaper (malaikat pencabut nyawa)  yang  dihukum setelah jatuh cinta dengan seorang manusia yang boleh meramalkan kematian . Dia telah mengambil alih badan seorang pegawai polis dan bertemu seorang wanita yang akan bekerja dengannya untuk menyelamatkan nyawa orang disamping tugasnya  sebagai “pelindung kematian.”

Pelakon utama :

Song Seung-hoon sebagai Han Moo-gang / Black, seorang Grim Reaper yang dingin  yang mendiami badan detektif Han Moo-gang. Dia juga tidak terkejut melihat pemandangan jenayah yang dahsyat atau mayat. Walaupun seorang yang tidak ada sifat  bersimpati dan tidak dapat memahami emosi manusia, dia akhirnya  jatuh cinta dengan wanita dari kehidupan dunia dan menyebabkan dia dihukum.

Go Ara sebagai Kang Ha-ram, seorang wanita yang mempunyai kemampuan untuk melihat bagaimana seseorang akan mati. Dia dapat melihat bayang-bayang melalui  seseorang yang akan mati, keupayaan aneh dan menakutkan itu membuatkan  dia cuba untuk mengelakkannya dengan memakai cermin mata hitam.

Lee El sebagai Yoon Soo-wan, doktor yang berkeyakinan dan mahir yang jatuh cinta dengan Han Moo-gang

Kim Dong-joon sebagai Oh Man-soo

Kenapa Anda Perlu Tonton

1.Song Seung Hun si serba hitam dan dingin

Song Seung-heon dikatakan memakai sering berbaju hitam selalu semasa penggambaran sepanjang drama itu sebagai menjiwai peranannya,  Han Moo-kang sehinggakan beliau digelar Man In Black. Watak barunya menyaksikan dia seorang yang mengikut arahan, mengumpul jiwa, dan melindungi kematian. Dia tidak dapat memahami emosi manusia sama sekali dan benar-benar tidak peduli terhadap kematian. Ramai penonton menjangkakan melihat pelakon memainkan watak yang dingin dan misteri ini.

2.  Kenapa Go Ara(Kang Ha Ram) mengenakan cermin mata hitam?

Kang Ha Ram selalu memakai cermin mata hitam. Ini kerana Ha Ram dapat melihat bayang-bayang kematian ketika dia melihat sesetengah orang,  bahkan dia mempunyai penglihatan yang tepat mengenai  masa  seseorang itu akan mati ketika dia bertemu dengan mereka. Oleh itu, cermin mata hitam telah menjadi aksesori wajib untuknya, bukan untuk sekadar fesyen tetapi untuk meneruskan kehidupan dengan aman. Dia  menyembunyikan diri dari dunia kerana dia selalu melihat kematian setiap masa dan ini membuatkan dia berasa amat takut.

3. Bagaimana Go Ara(Kang Ha Ram) boleh melihat kematian?

Ha Ram menggambarkan dirinya telah disumpah kerana  tidak  melakukan apa-apa walaupun dia tahu bila bahawa seseorang  akan mati. Walau bagaimanapun, ia masih belum diketahui mengapa dia boleh mempunyai keupayaan ini. Berkenaan ini, krew pengambaran menyatakan, “Ha Ram  dapat melihat kematian sejak dia masih kanak-kanak. Dalam setiap episode, penonton akan disajikan tentang bagaimana Ha Ram boleh mempunyai keupayaan ini.

4.  Kenapa Ha Ram dan Black cuba menyelamatkan nyawa seseorang?

Ha Ram dalam keadaan dilema antara tidak dapat melakukan apa-apa tentang sesuatu kematian atau hanya perlu duduk dan melihat seseorang itu mati. Walaupun dia cuba menjauhkan diri dari dunia luar disebalik kaca mata hitamnya, pertemuannya dengan seorang detektif yang dikenali sebagai Han Moo Gang, yang mengatakan bahawa kebolehannya itu adalah seseuatu yang istimewa, bukan sebaliknya. Dia mendapat keyakinan yang lebih tinggi apabila dia berinteraksi dengan Black, yang mengambil alih badan Han Moo Gang, dan dia mengenakan cermin mata untuk menghadapi kematian dan cuba menyelamatkan nyawa orang. Adakah Ha Ram berjaya melakukannya?

5. Adakah Black persis Goblin?

Song Seung Heon pernah menegaskan dalam satu temubual dan menyatakan “Memang tidak boleh elak jika ada yang membandingkan antara drama Black dan Goblin, kerana keduanya sama-sama punya grim reaper sebagai karakter utama. Walaupun begitu, saya percaya rasa ingin tahun para penonton akan terjawab di episode pertama nanti. Jalan cerita, genre, dan beberapa faktor lainnya akan membuat drama Black ini berbeza dengan Goblin,.”

 

6. Lagu tema #1 drama Black dinyanyikan oleh Nam Tae Hyun

Nam Tae Hyun (bekas ahli kumpulan Winner) akan meminjamkan suaranya untuk lagu OST drama Black yang bertajuk Take Me Out. Take Me Out adalah ekspresi kesakitan manusia di antara kehidupan dan kematian. Trek tersebut  menggambarkan muziknya yang kuat dan penuh dengan semangat. Namun begitu suara penyanyi yang penuh emosi dan menjiwai lagu tersebut seolah melengkapkan drama ini. Lagu Take Me Out  akan dilancarkan melalui pelbagai laman muzik pada 15 Oktober.

Drama bersiri Black ini telah mula disiarkan pada 14 Oktober. Tetapi buat peminat di Malaysia, anda boleh menonton episode pertama Black menerusi Astro TVN (Channel 395) hari ini setiap Ahad dan Isnin pada jam 9.45 malam.

Sumber : 1 2 3 4