Kim Taehee Mengungguli Carta Selebriti Wanita Paling Cantik Di China Mengalahkan Suzy Dan Song Hye kyo

Dari kiri: Song Hye Gyo, Kim Tae Hee dan Bae Suzy.

Peminat Drama Korea telah membuat pilihan terhadap selebriti wanita paling cantik di Korea Selatan menerusi kaedah soal selidik yang dijalankan oleh Chongqing Times.

Pada 4 Oktober 2017, peminat drama Korea dari seluruh pelusuk China telah mengambil bahagian untuk mengundi selebriti wanita paling cantik dari Korea Selatan pilihan mereka. Hasil daripada undian yang telah dijalankan, secara keseluruhan, Seolhyun dari kumpulan AOA menduduki tempat ke-6 manakala Hyeri dari kumpulan Girls Day menduduki tempat ke-5. Bae Suzy dan Shin Min Ah masing-masing dikedudukan tempat ke-4 dan ke-3.

Song Hye Kyo pula menduduki tempat ke-2 dan Kim Tae Hee, isteri kepada penyanyi terkenal Rain menguasai tempat pertama dengan mengalahkan selebriti wanita yang lain. Nampaknya aura wanita berkahwin berjaya mengalahkan mereka yang masih bujang.

Dalam masa yang sama, ramai Netizen berasa pelik kerana Yoona dari Girls Generation tidak berjaya menempatkan dirinya di kedudukan 10 terbaik sedangkan beliau aktif mempromosikan aktivitinya di sekitar China.

Sumber : Allkpop

loading...