Lee Young Ae sah beraksi dalam drama terbaru, ‘Different Dream’

Lee Young Ae, pelakon bertaraf A di Korea telah membuat kejutan dengan membintangi drama terbaru berjudul ‘I’m Mine’ atau Different Dream (belum disahkan lagi tajuknya setakat ini) berkisarkan tentang seorang pakar bedah yang hidup di zaman pendudukan Jepun di Korea. Drama ini dikatakan mengangkat tema perisikan yang agak popular pada waktu itu, seperti yang pernah dilakukan menerusi KBS Bridal Mask dan tvN Chicago Typewriter.

Lee Young Ae akan membawakan watak sebagai pakar bedah Lee Young Jin, yang dibesarkan oleh keluarga dari Jepun, akhirnya menjadi ‘perisik’ yang ditugaskan oleh Kerajaan Jepun-Shanghai untuk menggolakkan lagi peperangan Pasifik berlaku pada 1941 sehingga 1945. Drama ini akan mempersoalkan bagaimana dilema seorang yang berketurunan Korea tapi mempunyai identiti Jepun dalam membantu pihak yang sepatutnya menang dalam peperangan tersebut. Peperangan ini berakhir selepas Jepun mengaku kalah akibat kedua-dua bandar Nagasaki dan Hiroshima dimusnahkan dengan bom atom.

Lee Young Ae terkenal menerusi drama MBC Jewel in Palace sebagai tabib istana sehingga beliau meraih daesang di anugerah akhir tahun MBC. Kehebatan drama itu juga diakui seluruh pelusuk dunia sebagai penyebab utama “hallyu” selain drama KBS Winter Sonata. Lakonan beliau dihargai sekali lagi menerusi filem Sympathy for Lady Vengeance sehingga merangkul Best Actress dalam Paeksang Art Awards dan Blue Dragon Film Award. Beliau juga membintangi SBS Saimdang pada awal tahun ni yang boleh ditonton menerusi cenel Oh! K , astro 394 untuk rakyat Malaysia.

Tiada lagi maklumat mengenai penyiar manakah akan mengambil slot drama ini, tapi kemungkinan besar akan diletakkan dalam SBS kerana pengarah yang merekruit Lee Young Ae ialah Yoon Sang Ho, iaitu pengarah SBS Saimdang. Juga tak dipastikan jika Yoon Sang Ho juga merupakan pengarah tetap drama ini. Produser MBC Jumong dan KBS Hwa Jin Hyi dikatakan akan membiayai bajet kos drama ini.

‘Different Dream’ bakal disiarkan pada tahun 2018.

Sumber: huffingtonpost , joins

loading...