EXO-L Invasion 4.1 Berjalan Dengan Meriah Di Da Men Mall

Bagi peminat EXO di Malaysia acara EXO-L Invasion ini sememangnya acara tahunan yang dinanti-nantikan. Dengan kehadiran hampir 100 orang kali ini acara yang dianjurkan oleh EXO Union Malaysia ini telah diadakan di pusat membeli belah Da Men menjadi pilihan mereka. Acara ini telah berlangsung untuk kali yang ke lima untuk 4 tahun berturut turut. Acara ini menjadi sangat istimewa kerana kali ini mereka juga menyambut kemunculan semula EXO untuk album ‘Power’ dan Kemunculan semula Lay secara solo.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah sambutan ulang tahun kelahiran Chen dan Lay, Mengagihkan album ‘Power’ kepada mereka yang telah membuat pre-order, cabutan bertuah dan bergambar beramai-ramai.

Acara ini menjadi sangat meriah apabila aktiviti membuka album bersama-sama dan mereka telah bertukar-tukar gambar (mini Photo didalam album) untuk mendapatkan gambar mini member kesayangan mereka.

Mari kita lihat kemerihan acara EXO-L Invasion 4.1 ini.

loading...