Billboard Hot 100 ialah carta lagu popular yang mengumpulkan pelbagai genre antarabangsa berdasarkan radio, jualan album dan ‘online streaming’ di Amerika Syarikat. Ianya sering dijadikan penanda kejayaan sesebuah artis Korea di bumi Amerika jika single tersenarai dalam carta tersebut. Ia turut merekod sejarah sebagai kumpulan Kpop ke-2 berjaya menduduki carta tersebut selepas Wonder Girl, dan juga penyanyi Korea ke-4 selepas CL 2NE1, Psy dan Wonder Girl. Malah, lebih manis lagi, album mereka “Love Yourself: Her” berjaya menempatkan di tangga ke-7 Billboard 200 menjadikan satu-satunya selebriti korea yang meraih kedudukan di bawah 10.
Pada 26 September 2017, Billboard Hot 100 telah mengumumkan lagu baharu BTS ‘DNA’ telah memasuki carta tersebut dengan kedudukan 85 dari 100 untuk minggu pertama bulan Oktober. Menurut Billboard,BTS berjaya mencapai 5.3 juta ‘online streaming’ di USA dan mencatat jualan sebanyak 14 ribu salinan digital. Lagu tersebut juga telah menduduki tangga ke-37 dalam carta jualan lagu digital dan ini merupakan kali pertama BTS memasuki carta ini.
Menurut ahli BTS, tersenarai dalam Billboard Hot 100 juga impian mereka untuk menaikkan nama mereka di peringkat antarabangsa dan terharu dengan pencapaian kumpulannya.D alam masa yang sama ,BTS turut berterima kasih dan mengucapkan syukur kepada peminat mereka, ARMY kerana membawa mereka sehingga ke tahap ini. Jika dilihat sebelum ini,BTS telah tersenarai dalam ‘Bubbling Under Hot 100’(berada di tangga ke 25 dari Carta Hot 100) dengan lagu ‘Spring Day’ pada bulan Februari yang lalu. BTS juga memenangi anugerah Top Social Artist sekaligus menewaskan nama-nama besar seperti Justin Bieber, Selena Gomez dan Ariana Grade dalam Billboard Music Awards yang berlangsung 3 bulan lepas.
BTS juga telah berjanji dengan peminat mereka untuk memberi kejutan dalam LIVE V APP(aplikasi live antara peminat dan artis yang popular) pada 18 September 2017 yang lalu sekiranya memasuki carta Billboard Hot 100 tersebut.
sumber: Billboard