Pelancaran Samsung Galaxy Note8 bersama Song  Jihyo  

21 September 2017- Samsung Malaysia secara rasmi telah melancarkan Galaxy Note 8 di Malaysia. Dengan penampilan istimewa Song Ji-Hyo di Pavilion, Kuala Lumpur. Roadshow yang berlangsung di ruang legar pusat membeli belah terkemuka ini telah dipenuhi sesak dengan ramai peminat untuk tidak melepaskan peluang bertemu dengan pelakon dan ahli rancangan tv Running Man ini.

Kali ini Samsung telah menambah beberapa ciri terbaik untuk Galaxy Note 8, dan model ini akan dikeluarkan didalam warna beberapa warna pilihan iaitu Midnight Black, Maple Gold, dan Orchid Grey untuk Malaysia, Samsung Galaxy Note 8 akan dijual pada harga RM3999 dengan roadshow bermula hari ini. Mempunyai Paparan Infiniti 6.3-inci, Kamera Dual, S Pen, Pengimbas Iris, pengecasan wayarles, IP68 air dan rintangan debu dan lebih banyak lagi yang kita liputan sebelum ini secara terperinci di Unpacked 2017 di New York. Pelanggan boleh membeli Galaxy Note 8 dalam jelajah 4 hari ini dari 21 hingga 24 September dengan banyak tawaran hebat.

IMG_8636.JPG

Ketua pemasaran produk Samsung Malaysia Mr Julien Thean berkata

“Today, we are combining the Infinity Display from the Galaxy S8 and S8 Plus with the S Pen and bringing it to the Note users for the very first time,”

Untuk perlanggan 100 yang pertama yang telah membeli jenama baru Galaxy Note 8 ini akan mendapat peluang untuk bertemu bintang Running Man Song Ji-Hyo di atas pentas secara langsung dan mendapat Cover Clear View secara percuma yang ditandatangani oleh Ji-Hyo. Juga, 8 ahli dari media dan 22 peminat bertuah dapat mengambil gambar secara selfie dengan Song Ji-Hyo di atas pentas.

7F3E3C6E-CCD0-4D56-990B-225A52950028.jpeg

Gambar dikreditkan pada wakil kmania, technave.com dan The Star.