(Update) Kecomelan dan Keakraban Lee Jong Suk dan Yoon Kyun Sang dalam 3 Meals A Day Berpisah Tiada

Rancangan “Three Meals A Day” telah mengeluarkan video teaser comel yang menunjukkan Lee Jong Suk sentiasa mengekori ke mana sahabat baiknya Yoon Kyun Sang pergi.

Preview yang ditunjukkan diakhir episode ke 7 “Three Meals A Day” membuatkan peminat begitu teruja menantikan episode akan datang bersama dengan pelakon hebat tersebut. Hal ini disebabkan Lee Jong Suk amat jarang muncul dalam mana-mana rancangan variety show tetapi disebabkan hubungan baik beliau dengan Yoon Kyun Sang membuatkan beliau bersetuju untuk menyertai rancangan tersebut. Dalam episode bersama Lee Jong Suk ini, pastinya para peminat menantikan aksi bromance kedua-dua pelakon ini.

Walaupun preview video hanya berdurasi satu minit dan setengah, ini sudah cukup  untuk meninggalkan penonton dalam keadaan yang tidak menentu dan mengharapkan untuk menonton episode penuh pada waktu yang sama. Dalam video itu, Lee Jong Suk menyertai keluarga 3 Meals A Day dengan senyuman yang besar  dan tangannya penuh dengan pelbagai makanan. Dia menghabiskan masa sepanjang hari bersama Yoon Kyun Sang dengan memeluknya dan memegang tangan.

Lee Jong Suk juga membuktikan dia seorang pekerja yang baik  apabila melakukan akiviti hidangan/dishes, tetapi dia juga menunjukkan sedikit clumsy apabila  kepalanya lebam akibat terhantuk kayu siling. Yoon Kyun Sang lalu datang membantunya dan bertanya sama ada dia baik-baik saja.

Yoon Kyun Sang dilihat berperanan sebagai abang kepada Lee Jong Suk. Dia sering mengusap-usap kepala Lee Jong Suk dan menjadi sukarelawan memasak untuknya saat dia lapar. Lee Jong Suk juga dilihat menyuap makanan kepada Yoon Kyun Sang apabila dilihat tangan Yoon Kyun Sang dipenuhi dengan kayu api. Ternyata keserasian mereka sangat kuat, nyata dan mesra sehinggakan anda sentiasa tersenyum saat menonton keseluruhan preview  ini.

Episod bersama Lee Jong Suk sebagai tetamu jemputan akan disiarkan pada 23 September. Three Meals A Day disiarkan di Astro tvN HD setiap Sabtu jam 9.00 malam

sumber : Soompi

loading...