Peminat buat kejutan terhadap Highlight semasa konsert Incheon 2017

Highlight,kumpulan kpop yang sudah bertapak lama dalam industri kpop yang sebelum ini dikenali sebagai ‘BEAST’ telah diberi kejutan oleh peminat mereka ‘Lights’ semalam. Semasa konsert berlangsung, bagi melaksanakan misi ‘fanproject’ mereka, ‘Lights’ bertindak menggunakan ‘lightstick’ Can You Feel It  (obor yang dinyalakan) dengan perkataan tertera sebagai HI[HEART]LIGHT sempena menyambut  100 hari Highlight debut dalam industri muzik Korea.

“Lightstick” yang dilakukan oleh Light.

Dalam masa yang sama,Highlight yang terdiri dari ketua Yoon Dojoon, Rapper Yong Junhyung, Main Dancer Lee Gikwang dan Main Vocal Yang Yoseob dan Lead Vocal Son Dongwoon kerap memerhati pertunjukan peminatnya itu di bahagian fanproject yang dinyatakan di dalam stadium Munhak di mana berlangsungnya konsert tersebut.

https://www.youtube.com/watch?v=C0OsaXNFp70

Tambahan lagi,ahli kumpulan Highlight turut memuatnaik gambar di Instagram masing masing dengan melahirkan perasaan terharu mereka dan mengucapkan terima kasih kepada Lights yang bertungkus lumus dalam menjayakan fanproject tersebut.

https://www.instagram.com/p/BY0jXzFhycw/?taken-by=highlight_dw

https://www.instagram.com/p/BY0ixXnHzd3/?taken-by=yysbeast

loading...