(Part 2) Selain Festival Kopi, Ketahui Sejarah TEH & Nikmati DUBU/TAUHU Yang Enak Di Gangneung

Sebelum itu, buat peminat dan pencinta kopi sila baca  Gangneung Coffee Festival (Part 1).

Jika anda punya peluang untuk melawat negara Korea, pastikan anda menghadiri Festival Kopi Gangneung.

Selain dikenali sebagai city of coffee, Gangneung juga dikenali kerana mempunyai beberapa tempat yang menarik dan bersejarah.

Sejarah Teh Gangneung

Teh disediakan untuk dihidangkan kepada pengunjung. gambar kredit Pinterest

Menurut sejarah, Gangneung dahulunya adalah sebuah bandar dimana penduduknya menikmati minuman teh. Kecintaan mereka terhadap teh telah menjadi titik tolak perkembangan minat mereka terhadap kopi. Kini, Gangneung semakin dikenali sebagai city of coffee selain mempunyai kebudayaan kopi yang tersendiri.

Sungguhpun begitu, Gangneung adalah satu-satunya bandar yang menyimpan warisan dan kebudayaan teh dari zaman Dinasti Shilla (57 BC – 935 AD). Pavilion Hansongjeong adalah sebuah tempat di mana anda boleh menemui perkakas teh yang digunakan oleh masyarakat Hwarang masyarakat (Asalnya kumpulan sosial dalam dinasti Shilla, tetapi disebabkan persaingan tentera berterusan di antara Tiga Kerajaan Korea, mereka akhirnya berubah daripada sekumpulan belia elit  bangsawan kepada kumpulan tentera dan akhirnya menjadi ketua dalam ketenteraan)

suasana dalam kedai yang menyediakan teh. gambar kredit Pinterest

Rekod menunjukkan bahawa ramai orang menikmati teh di banyak tempat di Gangneung termasuk kawasan Gyeongpo.

5 Penulis Baik dalam Keluarga Heo (許 氏 5 文章)

Merujuk kepada Heo Yeop (1517~1580) bapa kepada Heo Seong (1548~1612), Heo Bong (1551~1588), Heo Gyun (1569~1618) dan Heo Nanseolheon (1563~1589) yang tinggal di Gangneung pada abad ke-16. Mereka berbakat dalam kesusasteraan sehingga orang menyebutnya ‘5 Penulis yang Baik dalam Keluarga Heo.’

Terutamanya, Heo Nanseolheon dan Heo Gyun yang cemerlang dan menyerlah. Heo Nanseolheon adalah seorang penyair wanita terkemuka dan telah menghasilkan sebanyak 211 puisi yang indah sebelum dia meninggal dunia pada usia 27 tahun. Heo Gyun pula adalah seorang ahli politik Korea yang terkenal, seorang penyair, novelis dan sarjana.

Antara drama yang telah diadaptasi dari Novel Hong Gildong karya Heo Gyun – Rebel Thief Who Stole The People

Heo Gyun kerap dikreditkan sebagai pengarang kisah dongeng Korea yang terkenal iaitu ‘Hong Gildong’, yang banyak  mencerminkan cara pemikirannya yang progresif. Heo Gyun menggunakan nama pena seperti Gyosandan Seongso.

Keluarga Heo juga menikmati minuman teh sama seperti keluarga bangsawan lain di Dinasti Joseon. Heo Gyun terutamanya, mengetahui bagaimana menghargai kesenian teh kerana beliau adalah seorang pencinta teh dan telah menulis banyak puisi berkisarkan teh.

“… Matahari terbenam di taman kecil, saya minum teh baru yang dibancuh dalam cawan perak. Bunga teratai di dalam kolam, hujan turun membasahi bunga ros yang telah mekar sepenuhnya … ” Heo Gyun

Heo Gyun/Heo Nanseolheon Memorial Park

Taman Memorial Heo Gyun / Heo Nanseolheon telah dibina pada tahun 2007 untuk memperingati adik-beradik yang berbakat ini. Taman ini terdiri daripada tempat kelahiran Heo Nanseolheon dan Heo Gyun, dewan peringatan dan pusat pemprosesan teh tradisional.

Pusat pemprosesan teh tradisional Chohee dinamakan selepas  nama Nanseolheon, Chohee. Ia mula dibuka pada Disember 2012 dan ahli-ahli Persatuan Budaya Teh Korea giat mempromosikan budaya teh Korea. Mereka juga menawarkan sesi majlis teh kepada para pengunjung.

Semasa sesi majlis teh, tenaga pengajar akan menerangkan tentang perkakas berkaitan teh seperti cerek teh, cawan teh, mangkuk penyejuk dan dulang penyaliran. Pengajar  turut mengajar bagaimana untuk menyajikan teh mengikut turutan dari pemanasan teh sehingga cara membuat teh. Sesi pembelajaran berlaku kira-kira 20-30 minit dan dinasihatkan untuk membuat tempahan terlebih dahulu.

Yuran Masuk: Percuma ( 5,000 KRW bagi mengikuti pengalaman upacara minum teh)

Waktu operasi: 9:00 – 6:00 (Tutup hari Isnin)

Alamat: 1-29, Nanseolheon-ro 193beon-gil, Gangneung-si, Gangwon-do

Pengangkutan :

Ambil No. 206 dari Gangneung Bus Terminal → Gangneung Gojeongmun Bus Stop → berjalan lebih kurang 600m ke Heo Gyun & Heo Nanseolheon Memorial Park.

Gangneung Chodang Dubu Village

 

Photo: Gangneung delicacy, Chodang Tofu

Selain kopi dan teh, Gangneung turut terkenal dengan dubu (tauhu). Chodang Dubu Village di selatan Pantai Gyeongpo sangat terkenal dengan tauhu. Di sepanjang food streets yang paling terkenal di Gangneung, kacang digiling untuk membuat tauhu Chodang. Kemudian melalui beberapa langkah, air garam dari Laut Timur digunakan dalam proses pengeringan untuk menghasilkan tauhu yang lembut dan ringan.

Hidangan berasaskan tahu
hidangan yang menggunakan tauhu

Nama kampung Chodang ini, berasal dari nama sebuah keluarga terkenal yang pernah tinggal di sini dan lebih dikenali sebagai Chodang-Heoyeop. Heo Yeop adalah seorang bapa kepada anak lelaki, penulis serta penyair Heo Gyun (1569 ~ 1618) dan anak perempuannya, penyair Heo Nanseolheon (1563 ~ 1589). Sebuah rumah tradisional Korea telah dibina semula di tapak rumah asal Heo Gyun dan Heo Nanseolheon.

Alamat: 99, Chodangsundubu-gil, Gangneung-si, Gangwon-do

Pengangkutan:

[via Bas]

Dari Gangneung Intercity Bus Terminal, ambil bas No. 206, 207 or 230. ( perjalanan mengambil masa 40 minit)→ Turun di Gangneung High School dan berjalan dalam 5 minit.

[via Teksi]

Dari Gangneung Terminal / Gangneung Station, mengambil masa 15-20 minit.

loading...