Kang Gary Dan Jessica Jung Akan Menghangatkan Pentas Pulau Pinang

Pasti sudah ramai peminat K-pop sudah tidak sabar untuk melihat Kang Gary dan Jessica Jung beraksi di pentas Malaysia. Kali ini pihak penganjur memberi peluang kepada peminat dibahagian Utara Malaysia merasa sendiri kehangatan dua artis terkenal dari korea selatan ini bersama-sama membuat persembahan kemuncak di malam konsert nanti.

Concert “KPOP Sensation 2017” ini dibawa khas oleh pihak penganjur iaitu ‘Warriors Music Evolution’ dan penganjur bersama ‘Galaxy Group’ dimana akan diadakan pada 16 September 2017 (8.00 Malam) di Setia SPICE Arena, Pulau Pinang. Sebelum ini juga pihak penganjur dan bersama Kang Gary sendiri telah bersama-sama berjumpa dengan peminatnya di Festive square, Gurney Paragon Mall untuk membuat promosi “Kpop Sensation 2017” ini. ‘Promote Tour’ ini sendiri telah dihadiri oleh ribuan peminat yang sudah tidak sabar untuk menonton persembahan jejaka yang terkenal dari program TV SBS ‘Running Man’ ini.

Kang Gary yang juga seorang penulis lirik yang terkenal di Korea Selatan ini juga diminati kerana mempunyai pesonaliti yang baik. Pada 2016 Gary telah membuat keputusan untuk keluar dari program ‘Running Man’ untuk lebih focus didalam music. Dimana Gary yang juga dari kumpulan duo terkenal iaitu ‘Leesang’ ini mahu meluaskan lagi pengetahuannya didalam music HIP HOP. Pada 21 Sep 2015 Kang Gary telah mengeluarkan album solonya iaitu “2002” dimana lagu ‘Get Some Air’ dari album ini telah memasuki banyak carta dengan cepat seperti Melon. Dan dimana sebuah lagi lagu yang juga mendapat sambutan yang sangat mengalakkan iaitu ‘Lonely Night’ juga telah memasuki 5 carta terkenal di Korea. Tahun lepas Kang Gary juga telah mengeluarkan lagu solo didalam Bahasa Cina iaitu “Mei Guan Xi”《沒關係》. Dimana lagu tersebut telah termasuk didalam senarai ‘bestseller’ hanya dalam satu hari dan memdapat jualan 200,000 unit didalam 2 minggu sahaja.

Jessica Sooyoun Jung yang juga dikenali sebagai Jessica Jung ini diterima memasuki SM Entertainment sebagai pelatih secara kebetulan apabila dia kembali ke Korea pada 2000. Setalah berusaha gigih pada August 2007, Jessica telah berjaya debut bersama kumpulan Girls Generation. Jessica juga telah terlibat didalam beberapa musical dan movie antaranya “Legally Blonde” dan “Wild Romance”. Dia juga adalah penerima untuk anugerah ‘Popularity Award in 7th The Musical Awards’.

Jadi marilah kita bersam-sama datang untuk melihat dua artis kpop terkenal ini yang bersama-sama akan menghangatkan pentas ‘K-pop Sensation 2017 ini.

“KPOP Sensation 2017” Concert:

  • Date : 16 Sep 2017 (Saturday)
  • Time : 8:00pm
  • Venue : Setia SPICE Arena, Penang
  • Ticket : RM 588 (VVIP)、RM 488 (CAT1)、RM 388 (CAT2)、RM 288 (CAT3)、RM 188 (CAT4)、RM 128 (CAT5)

Untuk maklumat, pihak penganjur juga telah menyediakan potongan harga kepada pengguna Astro Circle, dimana dengan menggunakan kod : GW88 pihak pengguna akan mendapat potongan harga sebanyak 5%

Sebarang maklumat lanjut dan terkini boleh ke web dan Facebook pihak penganjur :

Web : https://www.kpopsensation.asia/

Facebook : https://www.facebook.com/kpopsensationasia/

loading...