Lee Kwang Soo & Jung Yu Mi sebagai hero-heroin dalam tvN Live, garapan penulis berprofilik Noh Hee Kyung

Jung Yu mi : Lee Kwang Soo. Gambar dikreditkan pada Yonhap.

Lee Kwang Soo, pelawak yang terkenal menerusi program realiti tv, SBS Running’s Man akan bergandingan bersama dengan Jung Yu Mi menerusi drama tvN “Live” , yang ditulis sepenuhnya oleh Noh Hee Kyung , penulis bergelar “achemist of language” oleh pengamal industri korea. Beliau yang juga pemenang 2 kali Best Screenplay Paeksang Art Drama Awards  baru saja meraih Best Drama dan Best Screenplay dalam anugerah Paeksang Art Awards tahun ini juga melalui drama tvN Dear My Friend. Noh Hee Kyung turut tercalon sebanyak 2 kali Best Scriptwriter untuk CARI Kdrama Awards.

Live agak dinanti-nantikan pemerhati industri kerana bakal menghidupkan ragam dan onak duri bagi seseorang yang memegang jawatan sebagai polis wanita yang dikuasai lelaki kebanyakannya. Live akan memfokuskan interaksinya sesama polis dan menjadikan kerjaya ini sesuatu yang bermanfaat kepada orang awam, berlainan dengan cerita kehidupan orang tua di rumah kebajikan yang dibuat penulis ini menerusi tvN Dear My Friends. Live juga menggandingkan penulis Noh Hye Kyung dengan PD Kim Kyung Tae. Ini juga kolaborasi ketiga penulis ini dengan Lee Kwang Soo selepas SBS It’s Okay That’s Love dan tvN Dear My Friends. Turut mengesahkan kehadiran dalam drama ini ialah pelakon Bae Sung Woo.

Sumber: yonhap

loading...