Lee Seung Gi menjadi Sun Wukong dalam tvN Fareinheit

Lee Seung Gi sedang pertimbang akan membintangi drama terbaru terbitan tvN, Farenheit atau Hwajugi yang ditulis oleh adik-beradik Hong. Ini penampilan pertama Lee Seung Gi dalam arena drama sejak menjalani program khidmat tentera yang akan berakhir pada 31 October 2017 ini.

Pelakon yang pernah tercalon Best Actor 1st CARI Kdrama Awards menerusi drama MBC The King’s Heart ini pernah bergandingan dengan penulis skrip ini melalui drama SBS My Girlfriend is NineTail Fox yang disiarkan 7 tahun yang lalu, juga menaikkan nama Seung Gi selaku penyanyi bergelar aktor. Lee Seung Gi akan membawakan watak berinspirasikan daripada “Sun Wukong” yang disadurkan dalam bentuk moden. Cha Seung Won pula masih lagi mempertimbangkan watak diinspirasikan daripada raja lembu dengan realitinya dalam dunia moden, dia seorang peniaga yang berjaya dan mempunyai musuh yang ramai manakala. Menariknya, kedua-dua pelakon ini pernah dipertemukan dalam MBC Greatest Love dan hubungan ‘bromance’ mereka agak menjadi perbualan hangat pada masa itu walaupun Lee Seung Gi hanya muncul sekejap sebagai ‘cameo’.

‘Farenheit’ mengambil inspirasi daripada lagenda “Journey To The West” dan bakal menghimpunkan elemen-elemen fantasi dalam bentuk romantik komedi. “Journey To The West” ialah lagenda klasik China berkisarkan tentang pengembaraan sami Buddha ke barat sambil ditemani monyet Sun Wukong, babi Zhu Baji dan dewa laut Sha Wu Ji. Seperti yang kita ketahui, adik-beradik Hong terkenal dengan penulisan bercorakkan elemen fantasi komedi seperti mereka lakukan dalam Master’s Sun, Hong Gil Dong dan My Girlfriend is a Nine-Tailed Fox. Hong Sisters pernah meraih anugerah Best Screenplay Baeksang Art Awards untuk drama the Greatest Love juga menggandingkan Cha Seung Won.

Kesemua drama ditulis oleh adik-beradik Hong.

Pada tahun 1987, kekuatan “Sun Wukong” selaku peguam diakui oleh kesemua lapisan masyarakat tapi dia mempunyai nada kesombongan yang tinggi, ego dan  suka memberontak, serta juga seorang yang suka melepaskan kemarahan sesuka hati. Tidak dipastikan bagaimana adik-beradik Hong ini akan mengadaptasikan karya klasik China ini ke layar moden tetapi apa yang penulis agakkan, drama ini mungkin akan mirip seperti My Girlfriend is a Nice-Tailed Fox diadaptasi berdasarkan kisah penglipur lara musang berekor sembilan dan disesuaikan dengan keadaan semasa.   Penyenaraian untuk watak Zhu Baji dan lain-lain masih tidak disertakan lagi dan akan diumumkan kelak.

Drama ini akan siarkan pada penghujung tahun di cenel tvN.

Sumber: daum, jtbc joins

loading...