Apa yang menarik sangat dengan drama tvN Live up To Your Name?

Gambar dikreditkan pada tvN.

Sememangnya untuk menyaksikan drama yang buat kita tertarik terus agak sukar ditemui. Tapi, tvN Live Up Your Name menjanjikan sesuatu yang berbeza dengan penampilan aktor yang jarang berkecimpung dalam arena drama, Kim Nam Gil selaku doktor akupuntur, Heo Im, yang terbang ke zaman moden, seterusnya membuktikan teknik akupuntur bukannya lapuk, malah setaraf dengan perkembangan ilmu perubatan moden.

Bagi yang jarang menyaksikan drama berentak perubatan ini, tvN Live Up Your Name tidak menyusahkan anda dengan terma-terma medikal yang rumit. Ianya drama bertunjakkan kepada pertembungan antara dua doktor dari zaman yang berbeza melalui interaksi kimia antara mereka.  Heo Im seorang yang tamak haloba tapi juga seorang yang perfeksionis dan berbakat besar dalam ilmu perbuatan. Dia selalunya menjadi tempat rujukan rakyat berkasta rendah Joseon dan juga para bangsawan secara senyap-senyap untuk mendapatkan khidmat perubatan. Hal ini kerana, Heo Im dilahirkan daripada kasta yang rendah, maka dia sering diketepikan untuk pemilihan sebagai tabib istana.

Gambar dikreditkan pada tvN.

Suatu hari, Heo Im dipanggil wakil istana untuk menemui “VVIP” di mana dia diminta oleh tabib diraja bagi mengubati penyakit stress. Namun, entah apa yang jadi, tangan Heo Im terketar-ketar dan tak mampu menghulurkan jarum akunpuntur ke arah raja Joseon tersebut. Baginda berang kerana menyangka Heo Im adalah tabib palsu lalu memerintah Heo Im ditangkap dan dipenjarakan. Sewaktu Heo Im dikejar oleh pengawal istana sehingga ke jambatan sungai, dia dipanah oleh seseorang. Heo Im bangkit dari pengsan dan terkejut mendapati suasana di sekeliling nya berbeza. Dia sekarang berada di zaman moden Joseon lebih 500 tahun akan datang.

Di sinilah bermulanya cerita menarik mengenai drama ini. Kim Nam Gil menggayakan Heo Im seolah-olah anda melihat seorang wanita menggedik  tetapi diluarannya jelas seorang laki yang macho. Dengan riak muka yang ibarat rusa masuk kampung, Heo Im pastinya membuatkan anda tidak kering gusi mentertawakan gelagatnya yang sengal lagi-lagi bagaimana dia mempamerkan aksi yang mencuitkan hati seperti  turun naik eskalator berulang kali, menghirup udara penyaman udara, dan sebagainya. Hakikatnya , dia tak percaya dia berada di dunia yang berbeza , maka gambaran wataknya ditunjukkan sedemikian.

Gambar dikreditkan pada tvN.

Interaksinya dengan pelakon Kim Ah Joong, Choi Yeon Kyung, doktor dari zaman moden juga agak menarik untuk diketengahkan. Kedua-duanya mempunyai misi yang sama, menyelamatkan pesakit secepat mungkin. Choi Yeon Kyung trauma dengan akupuntur kerana dia pernah menyaksikan ayahnya gagal menyelamatkan ibunya yang terlantar sakit dengan teknik tersebut sehingga membawa kepada kematiannya. Pertembungan mereka bakal menyaksikan bagaimana Heo Im menyakinkan Yeon Kyung dengan kemahirannya di saat-saat genting ketika pesakit perlu diselamatkan. Episod 2 baru-baru ini mendedahkan Heo Im yang berjaya menyelamatkan budak di dalam jagaan dr, Choi Yeon Kyung dengan menggunakan teknik akupunturnya.

tvN Live Up To Your Name disiarkan setiap Ahad dan Isnin, jam 9.45 malam di cenel tvN HD , Astro 395. Anda boleh melanggan astro pack HD (oh K!  & tvn HD) untuk menikmati rancangan ini.

Sumber:  tvnHD

loading...