Selamat Kembali Changmin TVXQ dan Choi Siwon SuJu

 

Changmin TVXQ dan Choi Siwon Super Junior akan menamatkan latihan khidmat ketenteraan mereka pada 18 Ogos ini tanpa sebarang upacara penamatan perkhidmatan.

Sumber dari SM Entertainment dan SJ Label menyatakan, “Tidak akan ada sebarang upacara pelepasan walaupun secara berasingan untuk Changmin dan Choi Siwon, yang akan menyelesaikan tugas mereka sebagai anggota unit promosi khas jabatan Polis Metropolitan Seoul.”

Bagaimanapun, dijangka para peminat akan membanjiri sekitar Agensi Polis Metropolitan Seoul pada 18 Ogos (esok) untuk melihat Changmin dan Choi Siwon meninggalkan agensi tersebut setelah menamatkan khidmat ketenteraan mereka. Peminat juga membanjiri tempat yang sama pada bulan lepas ketika Donghae Super Junior menamatkan khidmat tenteranya.

Apabila kedua bintang K-Pop ini kembali, mereka akan terus mengikuti aktiviti promosi bersama dengan kumpulan masing-masing. Changmin akan bermula dengan “TVXQ! ASIA PRESS TOUR “pada 21 Ogos, manakala Choi Siwon akan sibuk untuk persiapan kemunculan semula Super Junior.

Sumber : Naver