Kalau Malaysia ada Aiman Tino, di Korea sana pula ada Samuel Kim

Sememangnya wajah yang cantik, putih dan jambu menjadi dambaan para gadis tak kira daripada benua mana sekalipun. Kalau di Malaysia ramai anak gadis menggemari Aiman Tino selain pakej sebagai penyanyi, di Korea sana pula tidak kurang juga yang meminati Samuel Kim atas sebab yang sama. Kedua-duanya berjaya debut dengan single yang viral apabila dilancarkan pada hari pertama. Yang membezakannya adalah genre lagu nyanyian mereka.

Samuel Kim, atau nama asalnya Samuel Arredondo Kim  menetap di California, Amerika Syarikat dan merupakan campuran Latin dan Korea. Bapanya berketurunan Hispanic-Mexican Amerika. Dia mula popular apabila menceburkan diri dalam program realiti tv, “Produce 101 Season 2″.

Samuel Kim telah pun melancarkan album terbaru nyan berjudul SIXTEEN. Single pertamanya, Sixteen duet bersama Changmo baru saja dilancarkan kelmarin dan berjaya memungut hampir dua juta penonton. Satu pencapaian agak membanggakan buat penyanyi Kpop yang baru.

Gambar dikreditkan pada newsen.

Kebetulan, kumpulan boyband, Wanna One , rakan seperjuangan Samuel Kim dalam program “Produce 101 Season 2″  akan debut juga dalam bulan 8 ini. Samuel Kim hampir disenarai akhir sebagai salah seorang ahli kumpulan Wanna One berdasarkan pencapaian awal, namun dia gugur di tangga ke-18 semasa undian akhir dijalankan. Tetapi, Samuel Kim meluahkan rasa kegembiraannya, “Kami debut pada waktu yang sama, dan pastinya akan menjadi lebih gempak apabila kami berjumpa beberapa kali untuk mempromosikan album.”

Sambil mengucapkan perhargaan buat ahli-ahli kumpulan Wanna One yang banyak membantunya sepanjang program berlangsung, Samuel Kim berkata , “Mereka suruh saya menari ikut suka tanpa perlu risau orang di sekeliling. Mereka mengajar saya supaya jangan takut dan hanya berhibur saja. Nasihat yang sangat-sangat membantu. ”

Nota kecil: Pernahkah korang terbayang Aiman Tino dan Samuel  Kim sangat comel sehingga mahu cubit-cubit pipinya?

Sumber: star.chosun , xsportnews

loading...