Kim Tae Ri : Suri hati Mr. Sunshine

Penantian mengenai siapakah suri hati Mr. Sunshine akhirnya didedahkan juga. Watak berkenaan diberikan pada pelakon baru yang baru meningkat naik,Kim Tae Ri. Kim Tae Ri ialah memulakan aktiviti lakonannya menerusi filem  Handmaiden di mana dia menjadi pasangan lesbian kepada majikannya, Kim Min Hee sehingga menyebabkannya memperoleh Best New Actress di anugerah perfileman Blue Dragon, Director Cut dan lain-lain.

Siapa sangka penulis drama yang berprofil tinggi, Kim Eun Sook akan memilih pelakon-pelakon yang kontroversi untuk drama terbarunya, Mr. Sunshine. Lee Byung Hun baru saja reda dengan skandal seks  yang mengakibatkan isterinya, aktres Lee Min Jung memendam rasa tetapi telah dinafikan sekeras-kerasnya oleh beliau manakala Kim Tae Ri pula debut dengan watak yang kontroversi seperti diterangkan sebelumnya yang mana drama ini akan menjadi penglibatan pertamanya di arena drama. Kim Eun Sook pernah beberapa kali menjadikan populariti aktress filem terus meningkat naik menerusi dramanya seperti dilakukannya untuk Jeon Do Yeon (Lovers in Prague), Kim Go Eun (Goblin) dan Kim Ha Neul (Gentleman’s Dignity) dan penyenaraian Kim Tae Ri bakal menyaksikan  trend yang sama.

Kim Eun Sook  yang terkenal sebagai seorang penulis yang mampu menjadikan dramanya ‘hit’ dan memperolehi ratings setinggi 20% ke atas telah pun meyakinkan pihak produser penyiaran tv sana dengan karya Goblin, Descendants of The Sun, Heirs, Secret Graden, Lovers in Paris, Gentleman Dignity dan sebagainya. Pastinya drama ini menjadi rebutan ketiga-tiga abang besar, KBS, MBC dan SBS selain cenel kebel, tvN dam jtbc.

Tiada maklumat lengkap mengenai watak hero dan heroin. Tetapi, cerita berkisarkan tentang kehidupan sekeluarga askar yang diberi gelaran Mr. Sunshine hidup pada awal tahun 1900. Mr. Sunshine akan ditayangkan pada awal tahun 2018.

Sumber: Join , star

loading...