Song Joong Ki sedang timbang drama baru penulis Signal : Kingdom

Sebaik saja Song Joong Ki dan Song Hye Kyo mengumumkan perkahwinan mereka, pada masa yang sama, Song Joong Ki diberi tawaran membawakan watak raja di zaman Joseon yang akan membanteras penularan wabak penyakit yang menyebabkan kelahiran ‘zombies’ atau erti kata lain, mayat hidup. Drama ini yang diberi judul ‘Kingdom’ ditulis oleh pemenang Best Screenplay 5th CARI Kdrama Awards, Kim Eun Hee untuk slot drama korea bagi terbitan Netflix. Ini merupakan kali pertama drama korea disiarkan di luar platfom Korea di mana pengguna hanya boleh menonton drama berkenaan melalui tayangan langsung atas talian.

Pada awal tahun lepas, nama penulis Kim Eun Hee selalu disebut-sebut sebagai pendukung projek drama terbitan korea untuk cenel Netflix. Kingdom berkisarkan tentang putera raja yang bertungkus lumus membanteras  penularan watak penyakit ‘zombies dan drama ini pasti mengujakan seperti bagaimana filem ‘Train of Busan’ berjaya membuatkan penonton turut terasa kesannya. Kim Eun Hee yang terkenal dalam menjadikan dramanya suspens seperti mana beliau lakukan untuk drama Signal semestinya akan menjanjikan keterujaan yang sama untuk drama Kingdom ini. PD yang akan mengetuai projek ini ialah Kim Sung Hoon, iaitu pengarah filem Hard Day dan Tunnel.

Sekali lagi, tahniah kami ucapkan pada pemenang Couple of The Year 5th CARI Kdrama Awards, Song Joong Ki dan Song Hye Gyo menerusi gandingan mereka yang mantap dalam drama KBS Descendants of The Sun sehingga mereka akhirnya mengumumkan perkahwinan secara rasmi pada Oct ini.

Sumber: IS Plus

 

loading...