Ha Ji Won sah membintangi drama [MBC] Hospital Ship

Bintang korea terkenal, Ha Ji Won akan berlakon drama MBC Hospital Ship dijadualkan tayangannya awal Ogos ini selepas berakhirnya, Ruler of The Mask.  Ha Ji Won akan membawakan watak sebagai Song Eun-Jae, seorang pakar bedah yang mampu melaksanakan proses rawatan dalam keadaan ubat-ubatan yang terhad dan kelengkapan alat yang tidak mencukupi. Beliau seorang berbakat dan genius diarahkan untuk mengetuai pasukan perubatan di sebuah hospital yang terletak di pulau terpencil, jauh dari bandar. Watak ini dikatakan agak mencabar buat pelakon yang tercalon Best Actress 1st CARI Kdrama Awards ini kerana beliau bersusah payah untuk memerah solusi bagi menyelamatkan pesakit di samping tekanan daripada doktor-doktor muda yang bertugas di pulau tersebut. Ini merupakan drama pertama Ha Ji Won sejak MBC Empress Ki dan beliau agak terkenal bukan saja dalam drama seperti Secret Garden dan Memories of Bali tetapi filemnya di panggung juga mencatat kutipan box office  yang tinggi.

MBC Hospital Ship dikarang oleh penulis drama saeguk terkenal iaitu Yoon Sun Joo yang mempunyai kredit ke atas drama Immortal Admiral Yi Sun Shin, Hwang Jin Yi, The Great King Sejong dan Secret Door. Ini merupakan kolaborasi pertama Ha Ji Won dan penulis ini sejak Hwang Jin Yi  yang menyebabkan beliau meraih Daesang buat pertama kali. Drama ini diarahkan oleh PD Yoon Sun Joo dan bakal menampilkan Kang Min Hyuk dan Min Ah.

Sumber: chosun , star news

loading...