Jung So Min dan Jung Hae In sah menerajui drama terbaru tvN “Mom’s Friend’s Son”

Akhirnya, Jung So Min disahkan akan membintangi drama baharu tvN bersama Jung Hae In.

Pada 3 Januari, Jung So Min telah menyatakan persetujuan untuk menyertai drama “Mom’s Friend’s Son” (tajuk literal) disamping Jung Hae In, yang telah disahkan memegang watak utama lelaki pada awal Disember lalu.

“Mom’s Friend’s Son” merupakan sebuah drama bertemakan komedi romantik tentang seorang wanita bernama Bae Seok Ryu, yang cuba memulakan semula kehidupannya yang bermasalah, dan anak lelaki rakan ibunya Choi Seung Hyo, yang mempunyai kisah gelap dalam kehidupan Bae Seok Ryu.

Drama ini akan dipimpin oleh pengarah Yoo Je Won dan penulis Shin Ha Eun dari “Hometown Cha-Cha-Cha.”

Jung So Min akan memainkan watak Baek Seok Ryu, seorang wanita yang jujur ​​serta bersemangat dan ingin memulakan semula hidupnya. Dia seorang anak perempuan sempurna yang sering dipuji oleh ibu bapanya.

Namun, ketika dia menuju ke arah kejayaan besar sebagai pengurus projek di sebuah syarikat global yang besar, Baek Seok Ryu tiba-tiba mengalami kegagalan yang tidak dijangka.

Mengulas mengenai peranannya, Jung So Min berkata,

Ia adalah satu penghormatan untuk bertemu dengan projek yang berkaitan dengan saya dan membuatkan hati saya berasa senang serta selesa. Saya tidak sabar untuk melihat lebih banyak karya pengarang. Ini projek kedua saya bersama pengarah dan saya akan memberikan persembahan yang bagus.

Sementara itu, Jung Hae In akan memainkan watak Choi Seung Hyo, iaitu anak kepada kawan ibu Bae Seok Ryu. Beliau ialah Ketua Pegawai Eksekutif sebuah studio seni bina dan merupakan seorang arkitek muda terkemuka dalam dunia seni bina Korea. Selain mempunyai kemahiran yang hebat, Choi Seung Hyo seorang yang kacak dan mempunyai personaliti yang sempurna.

“Mom’s Friend’s Son” akan memulakan penggambaran dalam masa terdekat dan dijadualkan untuk ditayangkan pada separuh kedua 2024.

Sumber : 1 | 2

loading...