Penulis drama paling popular di Korea, Kim Eun Sook telah mengumumkan dia sedang menulis skrip untuk drama terbarunya kali ini berkisarkan tentang askar bernama Mr. SunShine pada awal tahun 1900. Pastinya drama ini sedikit sebanyak berkait sejarah gerakan penentangan terhadap Jepun, terutamanya selepas Pemaisuri Myeongseong, penentang kuat Jepun telah dibunuh dengan kejam oleh perisik Jepun pada 1895. Sepuluh tahun selepas kematiannya, Korea telah dijajah oleh Jepun secara rasmi. Buat sementara ini judul dinamakan Mr. Sunshine sehinggalah disahkan projeknya.
Kim Eun Sook merupakan penulis pertama yang memenangi daesang (populariti) di anugerah berprestij, Baeksang Art Awards pada tahun ini. Beliau dikenali penulis yang suka memainkan romantik ‘chessy’ berlebihan dibantu dengan visual yang cantik bagi menggambarkan situasi tersebut. Konsep penulisan beliau sangat mudah difahami. Beliau pernah memenangi anugerah Best Screenplay menerusi Secret Garden dan Lovers in Paris serta beberapa kali tercalon menerusi karya-karyanya yang hit seperti Descendant of The Sun, Goblin dan Heirs.
Penantian mendebarkan buat aktor dan aktress yang akan menyertai dramanya kerana populariti mereka sekelip mata melonjak naik sebaik saja drama ini berjaya seperti yang berlaku terhadap Song Joong Ki, Park Shin Yang, Hyun Bin, Lee Min Ho dan terbaru, Gong Yoo yang berjaya memenangi Best Actor untuk pertama kali dalam kariernya. Antara nama-nama yang disebut kuat ialah Kim Soo Hyun.
Belum ada cenel TV yang dilaporkan berebut mendapatkan hak penyiarannya lagi. Kim Eun Sook yang bekerja untuk SBS selama bertahun-tahun mengubah angin sejak drama Descendants of The Sun telah ditolak penyiarannya di dalam SBS dan ditayangkan di KBS sebaliknya. Mungkinkah MBC pula menjadi pilihannya, tidak pun beliau lagi selesa dengan tvN?
Sumber: OSEN, sportalkorea