Satu hari tak cukup untuk mengamati ketampanan wajah yang dimiliki pelakon drama tvN “Tomorrow With You” ini, malah bukan itu saja, lagi-lagi senyumannya mampu membuatkan wanita di luar cair melihatnya.
Lee Je Hoon dipilih sebagai duta kamera Canon susulan daripada gambar adegan intimasinya bersama isteri di dalam drama tvN “Tomorrow With You”, yang dilakonkan oleh Shin Min Ah dengan kamera Canon yang menjadi saksi percintaan mereka. Wakil Canon menambah ,” Lee Je Hoon sangat disukai ramai tak kira lelaki atau perempuan kerana penampilannya yang kemas dan sihat. Dengan kelebihan dimilikinya, dia mampu menyampaikan nilai sesuatu fotografi kepada pengguna.”
Lee Je Hoon pernah merangkul Best Supporting Actor dalam 3rd CARI K Drama Awards atas lakonan sebagai putera mahkota Sado yang mati sadis manakala drama lakonan beliau sebagai teraju utama iaitu tvN Signal telah dinobatkan Drama of The Year pada CARI Kdrama Awards yang lepas.
Sumber: yonhap, Saram Entertainment