Go Ah Sung & Hak Suk Jin akan membintangi drama MBC terbaru, Self Radiation Office

Pelakon muda berbakat besar, Go Ah Sung dan Ha Suk Jin telah disahkan akan membintangi drama berjudul “Self Radiation Office” yang akan disiarkan di MBC selepas Missing Nine.

Drama ini berkisarkan tentang seorang gadis, Eun Ho Won (Go Ah Sung) yang mengambil keputusan terjun ke dalam sungai Han setelah berputus asa kerana tidak berjaya mendapatkan pekerjaan selepas berulang kali mencuba. Walaubagaimanapun, dia terselamat dan dikejarkan ke unit kecemasan hospital. Semasa sedang dirawat oleh doktor di hospital, Eun Ho Won diberitahu bahawa dia menghidapi penyakit yang membawa maut. Cabaran demi cabaran yang dihadapi Eun Ho Won, namun akhirnya dia bertekad untuk meneruskan hidupnya.

Satu hari, dia ditawarkan jawatan pekerja kontrak di sebuah syarikat perabot kecil, Di situ juga dia menemui ketua unit pemasaran, Seo Woo Jin (Ha Suk Jin) yang berazam untuk meningkatkan jualan perabot. Eun Ho Won berubah daripada seorang yang ‘timid’ kepada seorang yang ‘Super’ sekaligus mengubah hidupnya menjadi lebih baik, bersesuaian dengan tajuk drama tersebut, Self Radiation Office.

Ini penampilan pertama Go Ah Sung dalam arena kdrama selepas Heard It through Grapevine yang mendapat pujian atas lakonan sebagai anak muda yang memberontak. Ha Suk Jin pula baru sahaja menghidangkan kita dengan drama hitnya pada tahun lepas, 1% of Anything dan Drinking Solo.

Self Radiation Office diarahkan PD Jun Ji In dan ditulis oleh pemenang pertandingan skrip MBC, Jung Hwe Hyun. Lazimnya, penulis skrip drama yang memenangi pertandingan skrip dianjurkan agensi penyiarannya berjaya mendapat ‘ratings’ tertinggi untuk naskah debut mereka, contohnya, [KBS] Secret Love .

Sumber; yonhapnews

loading...