Didakwa berlagak samseng & buli budak OKU, Kim Dong Hee kini dibersihkan daripada segala tuduhan
Peguam yang mewakili Kim Dong Hee, Jang Hyun mengeluarkan kenyataannya berhubung keadaan terkini anak guamnya. “Kim Dong Hee terpaksa bertungkus-lumus untuk memperbetulkan balik tuduhan yang diposkan pada Februari lalu. Kim Dong Hee menghantar semua bukti termasuklah kenyataan daripada cikgu, alumni serta penyata rekod sekolahnya. Kejadian itu dikatakan berlaku ketika Kim Dong Hee masih sekolah rendah…