
Tiada persembahan khas dari Wanna One untuk MAMA2020 nanti, dedah Mnet
Wanna One tidak akan membuat persembahan khas ketika MAMA2020 berlangsung nanti. “Setelah berunding dengan agensi-agensi terbabit, kami tak jadi untuk meneruskan perancangan bagi menyaksikan Wanna One beraksi rama-ramai di atas pentas MAMA2020,” kata jurucakap wakil Mnet tadi. Setelah Wanna One terbubar pada Jan 2019, kesemua sebelas orang ahli kini sedang sibuk dengan aktiviti seni mereka…