Roh Lee Ji Ah kembali bergentayangan ‘menghantui’ penonton drama SBS Penthouse minggu ini

May be an image of 1 person

Lee Ji Ah akan membuat penampilan sulungnya di dalam SBS Penthouse 2 mulai episod terbaru yang akan ditayangkan pada penghujung minggu ini.

Menurut Sport Seoul, kemunculan Lee Ji Ah itu dijangka akan menimbulkan tanda tanya berikutan ramai penonton sudah pun redha akan asbab kematiannya yang dijelaskan di dalam Penthouse musim pertama sebelum ini. “Dia akan muncul sekejap tetapi betul-betul berkesan,” kata pihak produksi seperti yang dipetik.

Lee Ji Ah ibarat seperti roh yang tidak tenang kerana kehadirannya sebelum ini telah dimatikan secara tiba-tiba, maka kemunculannya kali ini dikatakan bakal menggugat perancangan balas dendam berlaku di antara watak-watak utama lakonan Eugene Kim (Oh Yoon Hee) dan Kim So Yeon (Chun Seo Jin).

Selain Lee Ji Ah, pelakon Heo Sung Tae juga akan membuat kemunculannya juga nanti.

SBS Penthouse 2 berjumlah 12 episod ini boleh ditonton di cenel ONETV Asia, Astro 393 setiap hari Sabtu dan Ahad jam 9.45pm.

Sumber: sportseoul

loading...