Dibuli kerana papa kedana, model Jung Hyuk menangis terkenang balik kisah silam

May be an image of 1 person and text

Model Jung Hyuk tidak dapat menahan sebaik sewaktu menceritakan kisah silamnya di hadapan Kang Ho Dong.

Di dalam rancangan realiti tv SBS Plus Do you eat rice – Kang Ho-dong’s Rice Heart pada 2 Mac 2021, Jung Hyuk berkata, “Aku penerima bantuan khas keluarga biasanya untuk ibu atau bapa tunggal. Aku selalu dibuli, cuba untuk berkawan tapi tak de sorang pun.”

Pernah mengimpikan untuk menjadi pelawak ketika menyaksikan program tv komedi, Jung Hyuk mendedahkan impiannya itu kepada cikgu sekolah. “Cikgu menyuruh aku tanya ayahku untuk dapatkan memorandum pengiktirafan daripada kolej. Aku jumpa ayah aku dan cakap begini, ‘Kerana aku miskinlah, aku tak boleh pergi ke kolej, jadi aku nak juga ke kolej,’ lantas aku kembali ke kamar tidur sebelum kemudiannya terdengar ayahku teresak-esak menangis,” katanya yang sebak mengenangkan kisah silam itu.

Beberapa tahun kemudian, Junghyuk menghantar video permohonan maaf kepada ayahnya. “Aku sudah cakap sesuatu yang mengguriskan hatinya. Selepas jadi dewasa, aku baru menyesal. Maaf ayah, aku sayangkanmu,” ujarnya lagi.

Junghyuk lebih banyak menumpukan kepada aktiviti permodelan dan dilihat muncul di dalam program-program realiti tv seperti I Was A Car dan We Play.

Sumber:  kmib

loading...