Ham So Won dilaporkan sudah ‘dirujuk’ Jinhua, kembali bertaut sebagai suami isteri seperti dulu

May be an image of 3 people and people standing

Pasangan selebriti popular, Ham So Won dan Jinhua yang dikenali menerusi program realiti tv, Taste of Wife, dilaporkan sudah bertaut semula sebagai suami isteri.

Menurut sumber terdekat, Jinhua dikatakan telah kembali ke rumah kelaminnya pada cuti 1 Mac semalam selepas Ham So Won mengunjungi Jinhua yang tinggal sebentar di rumah kenalannya bagi menyelesaikan kekusutan dan salah faham yang berlaku di antara mereka. Mereka tekad untuk meneruskan perkahwinan mereka.

Untuk rekod, ini kali kedua kedua-dua pasangan ini dilaporkan berpisah tetapi mengambil pendirian untuk duduk semula sebagai suami isteri sekali lagi.

Terdahulu, desas-desus bertebaran mengatakan Ham So Won sudah pun bercerai dengan Jinhua, yang jauh 18 tahun lebih muda daripadanya, namun Ham So Won tidak mahu mengulas apa-apa mengenainya sebaliknya berharap hubungan mereka tetap berkekalan. Hasil perkahwinan tersebut membuatkan Ham So Won dikurniakan seorang anak perempuan bernama Hyejung.

Sumber: N/A

loading...